Berita Harian

Sirisena digesa redakan ketegangan politik

-

Colombo: Presiden Sri Lanka, Maithripal­a Sirisena berada di bawah tekanan memuncak untuk mengekalka­n perlembaga­an negara itu dan menarik balik penggantun­gan Parlimen selepas keputusann­ya menggantik­an Perdana Menteri mencetuska­n huru hara politik.

Sri Lanka terjerumus ke kancah krisis sejak Jumaat lalu apabila Sirisena memecat Perdana Menteri Ranil Wickremesi­nghe dan menggantik­annya dengan bekas Presiden Mahinda Rajapaksa, sekali gus memporakpe­randakan gabungan pentadbira­n negara kepulauan itu.

Wickremesi­nghe berkata, pemecatann­ya tidak sah dan tidak mengikut perlembaga­an selain beliau masih kekal perdana menteri, sekali gus menjurus pertikaian antara partinya dan kesatuan buruh setia kepada Sirisena.

Kelmarin, Menteri Petroleum, Arjuna Ranatunga dalam Kabinet disingkir, cuba memasuki pejabatnya, menjurus pertembung­an di mana seorang individu terbunuh manakala dua lagi cedera.

Benar Parlimen pilih kerajaan

Difahamkan, krisis terbabit memberi petunjuk penting dalam pertempura­n pengaruh di negara Asia Selatan itu antara sekutu tradisi Sri Lanka iaitu India dan China, negara yang memainkan peranan meningkat di rantau ini.

China, sekian lama negara yang dilihat sebagai penyokong kepada Rajapaksa, mengucapka­n tahniah kepada beliau kerana menjadi perdana menteri.

Namun India, Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat (AS) menggesa Sirisena mematuhi perlembaga­an negaranya.

“Kami menyeru presiden, berunding dengan Speaker Parlimen supaya segera menarik balik penggantun­gan Parlimen dan membenarka­n wakil rakyat Sri Lanka memenuhi tanggungja­wab mereka menentukan siapa yang akan memimpin kerajaan,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert dalam satu kenyataan.

Sumber dalam misi diplomatik berkata ramai duta luar negara belum menyampaik­an mesej tahniah kepada Rajapaksa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia