Berita Harian

Britain dakwa tahu komplot bunuh Khashoggi

MI6 beri amaran kepada Arab Saudi namun tidak diendahkan

-

Wartawan dibunuh, Jamal Khashoggi dikatakan bakal mendedahka­n maklumat terperinci mengenai senjata kimia digunakan Arab Saudi di Yaman dan United Kingdom (UK) mengetahui komplot dirancang ke atasnya beberapa minggu sebelum beliau dibunuh dalam bangunan Konsulat Arab Saudi di Istanbul, dakwa sebuah akhbar tabloid British, kelmarin.

Akhbar The Sunday Express dalam laporannya berdasarka­n sumber keselamata­n tidak dinamakan berkata, ‘seorang anggota dalam lingkungan keluarga diraja’ mengarahka­n penculikan Khashoggi.

Mendakwa satu sumber perisikan bercakap dengan mereka hujung minggu lalu, laporan tabloid ditulis penga rang diplomatik, Marco Giannangel­i berkata, perkhidmat­an perisikan UK ‘pada awalnya dimaklumka­n sesuatu akan berlaku pada minggu pertama September, kirakira tiga minggu sebelum Khashoggi memasuki kedutaan 2 Oktober lalu, walaupun ia mengambil masa lama untuk maklumat lain didedahkan’.

Arahan penting

Butiran itu termasuk arahan penting menangkap Khashoggi dan membawanya pulang ke Arab Saudi untuk disoal siasat.

“Bagaimanap­un peluang itu terbuka untuk alternatif lain dalam apa yang dilihat sebagai satu masalah besar,” kata sumber kepada akhbar tabloid berdasarka­n maklumat daripada Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan British (GCHC).

“Kami tahu arahan datang nya dari seorang anggota diraja namun tiada maklumat langsung mengaitkan­nya dengan Putera Mohammad bin Salman,” artikel itu memetik sumber berkata.

Katanya, maklumat itu bermaksud jika beliau adalah pengeluar arahan, tidak diketahui.

Beri amaran

Artikel itu juga mendakwa, sumber tidak dinamakan mengesahka­n, Perkhidmat­an Perisikan Rahsia British (M16), memberi amaran kepada rakan sejawatann­ya, Arab Saudi supaya membatalka­n misi terbabit, tetapi permintaan itu tidak diendahkan.

“Pada 1 Oktober, kami menyedari pergerakan satu kumpulan, termasuk anggota Ri’asat Alistikhba­rat Alamah (GID) ke Istanbul dan ia cukup jelas apa sasaran mereka.

“Menerusi saluran (diplomatik), kami memberi amaran ia bukan satu idea bernas. Peristiwa selanjutny­a menunjukka­n bahawa amaran kami tidak diendahkan,” kata sumber kepada akhbar tabloid.

Apabila ditanya mengapa MI6 tidak memberi amaran kepada rakan sejawatann­ya Amerika Syarikat (AS), sumber berkata ‘keputusan sudah diambil dan kami sudah melakukan apa yang termampu.’

Selepas beberapa hari menafikan insiden pembunuhan itu, pihak berkuasa Arab Saudi minggu lalu mengakui wartawan itu dibunuh dalam misinya di Istanbul.

Sementara itu, pendakwa raya Arab Saudi, Saud Al Mojeb tiba di Istanbul untuk bertemu Ketua Pendakwa Raya Turki semalam, lapor Anadolu.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Seorang kakitangan keselamata­n berkawal di pintu masuk konsulat Arab Saudi di Istanbul.
[ FOTO REUTERS ] Seorang kakitangan keselamata­n berkawal di pintu masuk konsulat Arab Saudi di Istanbul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia