Berita Harian

Puteri raja Jepun kahwini rakyat biasa

-

Tokyo: Puteri raja Jepun, Ayako berkahwin dengan rakyat biasa, Kei Moriya semalam dalam satu upacara tradisiona­l di Kuil Meiji ibu kota ini, menjadi anggota diraja wanita terbaharu meninggalk­an ke luarganya dengan memilih kehidupan rakyat biasa.

Puteri raja berusia 28 tahun itu, anak perempuan ketiga mendiang sepupu Maharaja Akihito, Putera Takamado, berkahwin dengan Moriya, 32, seorang kakitangan syarikat perkapalan Nippon Yusen.

Dalam majlis itu, Ayako memakai berlapisla­pis kimono dan gaya rambut bangsawan sementara pengantin lelaki memakai tuksedo hitam dengan seluar kelabu untuk upacara di kuil bagi menghormat­i semangat moyangnya, Mahajara Meiji.

“Saya amat gembira untuk berkahwin dan dihadiri ramai orang di Kuil Meiji yang mengucapka­n tahniah kepada kami,” kata Ayako dalam sidang media selepas upacara perkahwina­n Shinto yang diadakan secara tertutup.

Keluarga diraja Jepun diberi kebebasan untuk berkahwin dengan siapa yang dipilih untuk sekurangku­rangnya tiga generasi.

Kurang pewaris lelaki

Maharaja Akihito adalah Putera Mahkota pertama berkahwin dengan orang biasa, iaitu Maharani Michiko. Mereka bertemu di gelanggang tenis.

Ayako terpaksa melepaskan status dirajanya kerana berkahwin dengan rakyat biasa, seperti mana amalan untuk wanita mengikut undangunda­ng warisan takhta Jepun.

Beliau akan dikenali sebagai Ayako Moriya selepas menandatan­gani dokumen perkahwina­n semalam.

Keluarga diraja Jepun berde pan kekurangan pewaris lelaki. Putera Mahkota Naruhito, yang mengambil alih takhta selepas bapanya Akihito turun takhta tahun depan, saudara lelakinya Fumihito, anak saudaranya Hisahito dan Masahito, saudara lelaki maharaja terkini adalah antara empat pewaris lelaki yang tinggal.

Jumlah keluarga diraja yang menyusut meningkatk­an kebimbanga­n dan gesaan perubahan dalam Undangunda­ng Penggantia­n Takhta Diraja, namun kalangan konservati­f menentang membenarka­n wanita mewarisi Takhta Kekwa itu.

 ?? [ FOTO EPA ] ?? Ayako dan pasanganny­a, Moriya.
[ FOTO EPA ] Ayako dan pasanganny­a, Moriya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia