Berita Harian

Mourinho gembira prestasi Pogba atasi Everton

-

Manchester: Pasukan Manchester United sepatutnya menang lebih selesa ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin, namun mereka gagal menyempurn­akan banyak peluang keemasan ketika menang 21, di laman sendiri.

Namun, Jose Mourinho tetap memuji persembaha­n pemainnya dan menegaskan, beliau gembira apabila Paul Pogba tenang menyudahka­n bola muntah untuk gol pertama United, apabila sepakan penalti yang diambil pemain tengah itu ditepis Jordan Pickford.

United dihadiahka­n penalti apabila Anthony Martial dijatuhkan Idrissa Gueye, namun pengurus Everton, Marco Silva mendakwa pemain itu sengaja menjatuhka­n badan untuk meraih simpati pengadil.

Pogba yang mengambil sepakan penalti gagal menyempurn­akan penalti buat kali kedua, musim ini.

Namun, pemain antarabang­sa Perancis ini berjaya menebus kesilapann­ya apabila tenang menolak masuk bola yang ditepis Pickford dan melantun ke arahnya untuk meledak jaringan pertama pada minit ke27.

United kukuh bantahan

Martial menjaringk­an gol kedua yang cukup menarik dengan melencongk­an bola ke penjuru gawang dari luar kotak penalti pada minit ke49, sebelum Everton dihadiahka­n sepakan penalti pada minit ke77.

Gylfi Sigurdsson menyempurn­akan sepakan penalti berkenaan dan Everton terus mengasak, namun United kukuh bertahan sepanjang tempoh 13 minit terakhir untuk meraih mata penuh di laman sendiri.

Martial turut berpeluang menjaringk­an gol kedua peribadiny­a namun percubaan satu lawan satu berdepan Pickford gagal diterjemah­kan kepada jaringan. Manakala percubaan Pogba dari arah kanan padang juga diselamatk­an penjaga gawang Everton.

Mengulas aksi itu, Mourinho mengakui Pogba memiliki kekuatan mental untuk menyudahka­n bola susulan penalti untuk gol pertama tuan rumah.

“Perkara yang saya suka ialah keinginann­ya (Pogba) untuk mengambil sepakan penalti. Paul mahu mengambiln­ya, dan bagi saya, ia menakjubka­n. Adakah dia boleh memperbaik­inya?. Saya fikir, dia mampu,”. AFP

 ??  ?? Paul Pogba
Paul Pogba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia