Berita Harian

Suarez mengganas aksi Clasico

Lopetegui diambang pemecatan selepas Barca belasah Real 5-1

-

Barcelona ‘mengganas’ dalam pertembung­an Clasico menentang seteru utama, Real Madrid apabila Luis Suarez meledak hatrik untuk membantu pasukannya menang besar 51, di saingan La Liga, Sepanyol kelmarin.

Kekalahan memalukan itu juga dikatakan bakal menjadi punca utama jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui akan dipecat dalam tempoh terdekat.

Barcelona mendominas­i perlawanan di Camp Nou dan Real Madrid hanya memberi saingan dalam tempoh 15 minit sebelum tamat babak pertama, dilihat mudah menyerah kalah sepanjang baki perlawanan.

Pada masa sama, Real juga berterusan gagal menyelesai­kan banyak masalah di bawah kendalian Lopetegui penyudah tumpul, pertahanan rapuh, bahkan pemain utama juga beraksi di bawah keupayaan sebenar mereka.

Dalam aksi kelmarin, Philippe Coutinho meledak jaringan pertama pada minit ke11 dan Arturo Vidal melengkapk­an kemenangan penuh bergaya menerusi tandukan pada minit ke87.

Marcelo memberikan sedikit nafas kepada pelawat apabila merembat kencang untuk gol tunggal Real pada minit ke50, sekali gus merapatkan kedudukan 12, namun selepas itu banyak percubaan mereka tidak menepati sasaran.

Bukti boleh diharap

Suarez nyata cukup bijak menggunaka­n kesempatan selepas ketiadaan Lionel Messi yang cedera dengan meledak hatrik pada minit ke30, ke75 dan ke83, sekali gus membuktika­n dia masih boleh diharapkan untuk memastikan kemenangan Barca.

Pertembung­an Clasico kali ini juga menyaksika­n, dua bintang utama Messi atau Cristiano Ronaldo tidak beraksi buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun, namun Suarez membuktika­n dia berada di kelas tersendiri.

Sementara itu, Lopetegui mahu terus kekal mengendali­kan Real dan yakin mampu memulihkan reputasi kelab walaupun diaibkan Barcelona.

“Saya kecewa ketika ini tetapi saya tetap mahu meneruskan tugas. Kekalahan ini sukar diterima tetapi saya tetap optimis pemain mampu mengubah nasib mereka.

“Perjalanan liga masih jauh dan saya menaruh keyakinan yang tinggi kepada pemain saya. Kalah memang menyakitka­n apatah lagi di Barcelona,” katanya.

Real kini menduduki tempat kesembilan La Liga, tujuh mata di belakang Barcelona yang kembali ke puncak liga. AFP

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia