Berita Harian

Hamilton tetap rendah diri

-

Mexico City: Lewis Hamilton tetap merendah diri walaupun berjaya meraih kejuaraan Formula Satu (F1) buat kali kelima kerana baginya, masih banyak lagi pencapaian perlu diburu dalam kariernya.

Pelumba Mercedes itu menyertai legenda Argentina, Juan Manuel Fangio (lima kali) dan Michael Schumacher (tujuh kali) selepas meraih kejuaraan buat kali kelima apabila menamatkan saingan di tempat keempat di Grand Prix (GP) Mexico, di sini, semalam.

“Saya akan cuba dan kini saya sudah meraih kejuaraan kali kelima,” kata Hamilton apabila ditanya mengenai pencapaian Schumacher yang meraih tujuh kali kejuaraan.

Katanya, dia akan bermula dari sekarang dan menjangkak­an lebih banyak lagi perkara menarik bakal berlaku selepas ini.

Menang 71 perlumbaaa­n

Hamilton sudah memenangi 71 perlumbaan, kurang 20 daripada Schumacher dan kejuaraan kali keempat bersama Marcedes dalam tempoh lima tahun.

Kejuaraan pertama yang diraihnya ialah ketika mewakili pasukan Mclaren pada 2008.

Dia hadir ke Mexico dengan kelebihan 70 mata dan hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat ketujuh untuk menamatkan penantian berkenaan.

“Kini, saya rasa sangat merendah diri dengan segala Lewis Hamilton pengalaman yang diraih. Ia sukar untuk digambarka­n. Memang ia adalah citacita saya, namun tidak pernah saya terfikir walaupun seribu tahun untuk berdiri di sini sebagai juara dunia buat kali kelima,” katanya.

Hamilton mengucapka­n terima kasih buat pasukan, keluarga dan bapanya berikutan kepercayaa­n dan pengorbana­n yang diberikan selama ini.

“Ini adalah matlamat saya (muncul juara musim ini). Selepas meraihnya tahun lalu, saya terfikir bagaimana untuk memperting­katkan prestasi, menjadi lebih cergas, kekal fokus dan menguruska­n masa dengan sebaik mungkin,” katanya.

Selepas meraihnya tahun lalu, saya terfikir bagaimana untuk memperting­katkan prestasi, menjadi lebih cergas, kekal fokus dan menguruska­n masa dengan sebaik mungkin”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia