Berita Harian

Kehilangan diratapi

Kelab sahkan kematian pengerusi, ribuan peminat ucap takziah

-

Leicester City

Pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter di tempat letak kereta bersebelah­an Stadium King Power, sejurus berlepas.

Sejumlah besar peminat yang sudah menjangkak­an berita buruk itu meletakkan kalungan bunga, selendang bola dan melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha di luar pekarangan sebagai memperinga­ti mendiang Vichai Srivaddhan­aprabha, individu bertanggun­gjawab untuk kemenangan kelab terbabit dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016.

“Dunia sudah kehilangan seorang insan yang sangat hebat,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Leicester City adalah satu keluarga di bawah kepimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga, kami akan meratapi pemergian mendiang dan meneruskan wawasan kelab yang kini adalah legasi ditinggalk­an mendiang,” kata kelab itu lagi.

Tangguhkan perlawanan

Buku ucapan takziah diletakkan di stadium berkenaan bermula hari ini dan pasukan itu turut menangguhk­an perlawanan menentang Southampto­n.

“Semua orang dalam kelab ini amat terharu dengan reaksi keluarga besar sukan bola sepak dan sokongan serta solidariti yang mereka berikan sangat dihargai pada waktu sukar ini,” kata kenyataan itu.

Polis menamakan empat mangsa lain sebagai Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare iaitu dua petugas Vichai; juruterban­g, Eric Swaffer dan penumpang, Izabela Roza Lechowicz.

Vichai, 60, pemilik empayar bebas cukai King di Thailand sering kelihatan setiap kali perlawanan diadakan dan kerap berulang-alik dari negara asalnya untuk menyaksika­n kelabnya bermain.

Beliau dan empat penumpang lain menaiki pesawat berwarna biru itu dan berlepas dari tengah padang sejurus stadium itu kosong usai perlawanan dengan West Ham yang berkesudah­an seri 1-1.

Saksi berkata, helikopter itu dilihat seolah-olah mengalami masalah teknikal pada kipas belakang sejurus berlepas.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia