Berita Harian

Rakaman ‘terjunan berjubah’ Pandelela jadi viral

-

Kuala Lumpur: Tindakan ratu terjun negara, Pandelela Rinong mempamerka­n ‘terjunan’ luar biasa di Pusat Akuatik di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil mendapat perhatian netizen.

Menerusi posting pada akaun Instagram miliknya, dia melakukan terjunan dengan berpakaian lengkap jubah selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan pada Konvokesye­n Universiti Malaya (UM) Selasa lalu.

Rakaman selama 17 saat itu ditonton sebanyak 272,226 kali sejak disiarkan 23 jam yang lalu selain mendapat ratusan komen yang kebanyakan­nya mengucapka­n tahniah kepada penerjun kelahiran Sarawak itu.

Antara yang memberikan komen adalah pelakon, Fizo Omar (Wow..so cool) dan aktor serbaboleh, Harith Iskandar (Hahahahaha­ha that’s brilliant!).

Pemenang perak Olimpik Rio itu dengan bersahaja terjun ke kolam seperti acara 10 meter platform, yang dilihat sebagai simbolik meraikan kejayaanny­a menamatkan pengajian.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada semua yang menamatkan pengajian tahun ini. Saya tahu ia mengambil masa bertahun-tahun yang penuh dengan kerja keras dan terpaksa belajar sehingga lewat malam.

Perlu tenang, kuat untuk berjaya

“Tidak dilupakan apabila anda menghadapi kesukaran, namun perlu tenang dan kuat untuk mencapai kejayaan. Saya tahu anda gembira kerana akhirnya dapat memakainya.

“Adakah anda menyukai jubah konvokesye­n? Saya menyukainy­a terutama warna dan coraknya. Tahniah kepada UM. Saya sangat gembira dan berpeluang membeli serta menggantun­gnya di rumah. Siapa tahu ia mungkin memberikan rangsangan kepada saya untuk menyambung pelajaran selepas Tokyo 2020,” menurutnya dalam posting terbaru di Instagram itu.

Selepas lima tahun membahagik­an masa sebagai atlet serta penuntut universiti, Pandelela Rinong Pamg akhirnya menarik nafas lega kerana kini boleh memberi tumpuan kepada karier selaku penerjun negara.

 ??  ?? Pandelela mempamerka­n ‘terjunan’ luar biasa di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan pada Konvokesye­n Universiti Malaya (UM), Selasa lalu.
Pandelela mempamerka­n ‘terjunan’ luar biasa di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil selepas menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Sukan pada Konvokesye­n Universiti Malaya (UM), Selasa lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia