Berita Harian

‘Lupakan detik indah jadi juara’

Cheng Hoe mahu 5 pemain Perak fokus tugasan bersama Harimau Malaya

- Oleh Aziman Rosdi

Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mahu lima pemain Perak melupakan detik indah menjulang Piala Malaysia dan kembali fokus kepada tugasan bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharung­i kempen Piala AFF bulan depan.

Shahrul Saad, Nazirul Naim Che Hashim, Amirul Azhan Aznan, Kenny Palraj dan Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy melaporkan diri semalam bagi menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Kehadiran mereka yang beraksi dalam final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu lalu dengan menewaskan Terengganu menerusi sepakan penalti 4-1 selepas aksi sebenar seri 3-3, melengkapk­an senarai 26 pemain yang dipanggil Cheng Hoe.

“Seramai 26 pemain dipanggil cuma Kenny Pallraj yang mendapat kecederaan. Yang lain saya rasa sudah bersedia untuk buat sesuatu pada kempen Piala AFF.

Khuatir keletihan

“Pemain sudah bermain sepanjang musim dan sebagai jurulatih agak khuatir keletihan dari segi mental dan fizikal tetapi saya rasa mereka ingin mencapai kejayaan dalam kempen Piala AFF,” katanya pada sesi latihan semalam.

Cheng Hoe berkata beliau tidak bimbang dengan tahap kecederaan kaki kanan Kenny yang dijangka pulih dalam masa beberapa hari lagi manakala pemain muda Akhyar Rashid bakal memulakan latihan hari ini.

Bekas pengendali Kedah itu berkata, beliau bakal menilai 23 pemain terbaik untuk kempen Piala AFF pada aksi pemanas badan terakhir menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

“Pada perlawanan terakhir menentang Maldives nanti, kita akan cari kesebelasa­n terbaik tapi bukan mudah kerana perlawanan persahabat­an kelas A hanya enam pertukaran pemain boleh dilakukan.

“Tapi† saya dan barisan kejurulati­han akan cuba dapatkan kesebelasa­n terbaik,” kata Cheng Hoe.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia