Berita Harian

JDT sah tanding musim depan

- Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Sejarah baharu bola sepak tanah air dilakar Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kelab itu sah akan bertanding dalam saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) pada tahundepan.

Ia penyertaan pertama pasukan dari Malaysia pada kejohanan peringkat tertinggi kelab Asia dengan JDT bakal bersaing di peringkat kumpulan Asia Timur bersama-sama 15 kelab elit lain.

Berdasarka­n kenyataan menerusi Facebook rasmi kelab Harimau Selatan itu semalam iaitu Johor Southern Tigers, lima kelab sudah mengesahka­n tempat ke ACL.

Juara Liga Super lima kali

Kelab berkenaan adalah JDT, Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan), Sydney FC (Australia), Melbourne Victory (Australia) dan Buriram United (Thailand).

JDT yang juga juara Liga Super lima kali berturut-turut sudah bersedia untuk menyahut cabaran itu.

“Tujuh lagi slot automatik akan diisi oleh kelab dari Korea Selatan, Jepun dan China manakala empat lagi tempat bakal diisi oleh pasukan yang bersaing pada peringkat ‘playoff’.

“JDT pastinya akan mempersiap­kan pasukan sebaik mungkin bagi menghadapi cabaran yang hebat ini,” kata kenyataan kelab juara Piala AFC 2015 itu.

Semangat JDT bagi meng- harungi kempen ACL dan Liga Malaysia musim depan itu terserlah apabila mereka sudah mengikat kontrak pemain kelahiran Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento.

Pengalaman luas Nascimento di liga Eropah dan pernah menyertai kelab ternama iaitu kelab Serie A, SS Lazio sebelum dipinjamka­n ke kelab Spartak Moscow, Russia dan Legia Warsaw, Poland bakal menjadi aset penting buat JDT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia