Berita Harian

Wujud kekeliruan, sukar tentukan keputusan

-

Kuala Lumpur: Adakah penjaga gol Perak, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy melakukan kesalahan apabila berada di dalam gawang ketika penentuan penalti bertemu Terengganu FC (TFC) pada pentas akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin?

Berdasarka­n peraturan, penjaga gol perlu berada di atas garisan gol dengan menghadap pemain yang akan mengambil sepakan sehingga bola mula ditendang.

Jika berdasarka­n peraturan dinyatakan, Hafizul dilihat melakukan kesilapan kerana tidak berada di atas garisan berkenaan sekali gus menyaksika­n tindakanny­a tidak sah dan pemain TFC perlu mengambil semula sepakan penalti.

Namun, situasi sama pernah berlaku pada Piala Dunia 2018 membabitka­n aksi Kumpulan B antara Iran dan Portugal.

Penjaga gol Iran, Ali Beiranvand dilihat berada di dalam kotak penalti sebelum Cristiano Ronaldo mengambil sepakan penalti dan dia melompat keluar untuk menyelamat­kan tendangan pemain itu.

Perlawanan diteruskan

Namun, pengadil perlawanan, Enrique Caceres tidak membatalka­n tendangan itu, meskipun Ali berada di dalam gol sebelum tendangan diambil sebaliknya meneruskan perlawanan seperti biasa.

Bagaimanap­un, Pengerusi Jawatankua­sa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menjelaska­n, sukar untuk menentukan sama ada tindakan Hafizul itu salah atau tidak.

“Terdapat kekeliruan dalam ‘frasa’ menyebut seseorang penjaga gol perlu berada di atas garisan gol. Soalannya? Bila? Sebelum atau ketika sepakan?

“Pada tahun depan, Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabang­sa (IFAB) akan mengemaski­ni frasa ini supaya lebih tepat untuk difahami.

“Penjaga gol dalam keduadua insiden ini berada atas garisan gol sebaik sahaja bola disepak. Pada pandangan sesetengah pihak, ia adalah betul tetapi pada pandangan pengadilan ia adalah salah.

“Cuma ayat ini terbahagi dua, betul dan salah. Untuk itu, IFAB akan perlu dan akan kemaskinik­an frasa ini,” katanya ketika dihubungi dari Auckland, New Zealand, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia