Berita Harian

‘Tak perlu perbesarka­n isu’

Durakovic anggap Leandro, Luiz tiada niat hina pemain Terengganu

- Oleh Azizan Hashim

Demikian tegas jurulatih pasukan Perak, Mehmet Durakovic mengenai kontrovers­i pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.

Pandangan pengendali pasukan The Bos Gaurus itu disuarakan kerana beliau yakin, ia berlaku secara spontan tanpa sebarang niat menghina sesiapa.

“Saya tidak fikir Leandro (Dos Santos) dan Wunder Luiz berniat menghina pemain Terengganu yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri itu.

Tindakan spontan

“Ia tindakan spontan keduadua pemain dalam keghairaha­n mereka meraikan gol penyamaan kami.

“Tidak perlulah diperbesar­kan isu ini. Tiada perbuatan di luar semangat kesukanan berlaku,” kata Durakovic ketika diminta mengulas isu yang dibangkitk­an kem Terengganu itu.

Dalam insiden pada minit ke120 itu, Leandro dan Wunder dilihat melakukan aksi lucah kepada pemain Terengganu, Igor Zonjic yang tertampan bola ke dalam gawang sendiri untuk mengikat kedudukan 3-3.

Desak ambil tindakan

Akibat insiden itu, banyak pihak mendesak pihak berkepenti­ngan terutama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengambil tindakan tatatertib ke atas kedua-dua pemain berkenaan yang dianggap tidak beradab serta tidak memiliki semangat kesukanan.

Dalam pertembung­an di pentas akhir itu, Perak meneruskan kebangkita­nnya dengan mengatasi lawan 4-1 dalam penentuan penalti untuk menjulang piala yang menjadi lambang keagungan bola sepak negara itu buat kali kelapan.

Durakovic berkata, semua pihak sepatutnya bersangka baik dan tidak cepat melatah serta membuat andaian seolah-olah Perak tidak menerapkan disiplin dan nilai murni dalam pasukan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia