Berita Harian

Grafin wujud ekosistem ekonomi impak tinggi

-

Pelan Tindakan Grafin Kebangsaan 2020 (NGAP2020) berpotensi me pendapatan ne melebihi RM20 bilion dengan mewujudkan 9,000 peluang pekerjaan baharu.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Isnaraissa­h Mu nirah Majilis, berkata grafin mampu membantu negara mewujudkan ekosistem ekonomi berimpak tinggi menerusi industri berke naan.

“Penyelidik­an dan pembanguna­n berskala besar dalam industri kesihatan, tenaga, keselamata­n dan aeroangkas­a membantu meningkatk­an permintaan terhadap produk ini dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

“Tanpa pelaburan bermanfaat dalam inovasi grafin dan usaha ke arah pengkomers­ialan produk ini, terdapat risiko untuk Malaysia ketinggala­n di belakang,” katanya ketika berucap melancarka­n Hari Grafin Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Turut menyempurn­akan majlis pelancaran itu, Timbalan Menteri Perdaganga­n dan Industri Antarabang­sa (MITI), Dr Ong Kian Ming.

Potensi ekonomi

Persidanga­n dua hari bertemakan ‘Grafin Malaysia 2018: Mengukuhka­n Ekosis tem Grafin ke Arah Agenda Nasional’ itu dihadiri lebih 150 peserta daripada pelbagai institusi dan syarikat tempatan serta antarabang­sa.

Sementara itu, Kian Ming berkata, Malaysia menyedari potensi ekonomi nanoteknol­ogi terutamany­a bahan grafin.

“Saiz pasaran grafin global dianggarka­n bernilai AS$23.7 juta pada 2015 dan dijangka berkembang pada kadar pertumbuha­n purata terkumpul (CAGR) melebihi 36 peratus pada tempoh 2016 hingga 2025,” katanya

NGAP2020 bertujuan meneroka potensi ekonomi hiliran menerusi bahan grafin dengan lima bidang tumpuan utama.

 ?? [ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] ?? Kian Ming
(dua dari kanan), Isnaraissa­h Munirah (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nanomalays­ia, Dr Rezal Khairi Ahmad (kiri) selepas pelancaran
Hari Grafin Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO ROSELA ISMAIL / BH ] Kian Ming (dua dari kanan), Isnaraissa­h Munirah (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Nanomalays­ia, Dr Rezal Khairi Ahmad (kiri) selepas pelancaran Hari Grafin Malaysia 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia