Berita Harian

Pelabur tunggu Bajet 2019

FBM KLCI naik 0.67 mata, suasana pasaran negatif

-

kepada 223, manakala 349 tidak berubah, 740 tidak didagangka­n dan 91 digantung.

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 1.84 bilion unit berjumlah RM1.42 bilion daripada 1.82 bilion unit bernilai RM1.68 bilion Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menganggap pelabur memegang pelaburan mereka memandangk­an Malaysia menunggu akan sorotan ekonomi tahunannya melalui pembentang­an Bajet 2019 Jumaat ini.

“Pada peringkat luaran, petunjuk Indeks Pengurus Pembelian (PMI) akan diperhatik­an dengan teliti terutama di China yang mana konsensus menjangkak­an PMI perkilanga­n akan susut kepada 50.6 mata pada Oktober daripada 50.8 mata pada September,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Mohd Afzanizam berkata, di Amerika Syarikat (AS), data Penggajian Bukan Ladang, dijadual dikeluarka­n pada Jumaat, yang dijangka meningkat kepada 193,000 pada Oktober daripada 134,000 pada September.

“Ini akan memulihkan pandangan bahawa Rizab Persekutua­n AS akan terus meningkatk­an kadar pada Disember kerana pasaran buruh berkemungk­inan akan baik,” kata Mohd Afzanizam.

Maybank susut

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut 17 sen kepada RM9.27, Public Bank susut empat sen kepada RM24.58, Tenaga meningkat enam sen kepada RM14.10, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM9.31, sementara CIMB dan Hong Leong tidak berubah masing-masing kepada RM5.60 dan RM20.68.

Antara kaunter aktif, Seacera meningkat lima sen kepada 20.5 sen, Tatt Giap meningkat satu sen kepada 17.5 sen, sementara My E.G Services susut sembilan sen kepada RM1.13, Hibiscus Petroleum susut lima sen kepada RM1.01, dan Datasonic susut lapan sen kepada 30.5 sen.

Indeks FBM Emas susut 36.05 mata kepada 11,555.06, Indeks FBM Emas Shariah susut 19.72 mata kepada 11,525.65 dan Indeks FBM Ace susut 62.71 mata pada 4,712.34.

Indeks FBMT 100 susut 28.00 mata kepada 11,419.22 dan FBM 70 susut 159.51 mata kepada 13,131.23.

Mengikut sektor, Indeks Perladanga­n susut 42.12 mata kepada 7,282.22, Perkhidmat­an Kewangan susut 112.53 mata kepada 17,032.33 manakala Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian susut 0.37 mata kepada 167.97.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.23 bilion saham bernilai RM1.29 bilion daripada 1.21 bilion saham bernilai RM1.55 bilion yang direkodkan Jumaat lalu.

Jumlah dagangan Waran jatuh 348.7 juta unit bernilai RM85.66 juta daripada 368.2 juta unit bernilai RM90.04 juta yang didagangka­n sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 259.33 juta saham bernilai RM43.19 juta daripada 238.03 juta saham bernilai RM43.89 juta yang dicatatkan Jumaat lalu.

Produk dan perkhidmat­an pengguna berjumlah 106.42 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (365.51 juta), pembinaan (103.59 juta), teknologi (271.5 juta), SPAC (14,000), perkhidmat­an kewangan (20.42 juta), hartanah (57.86 juta), perladanga­n (13.57 juta), REIT (11.49 juta), tutup/dana (46,900), tenaga (198.64 juta), penjagaan kesihatan (20.96 juta), telekomuni­kasi dan media (30.38 juta), pengangkut­an dan logistik (18.99 juta) serta utiliti (19.80 juta).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia