Berita Harian

Usah putus asas tuntut hak

Belia di Sarawak digesa bekerjasam­a pastikan MA63 dilaksana

- Oleh Melvin Joni

Golongan belia di Sarawak diminta terus teguh bersama kerajaan negeri dalam memperjuan­gkan hak dan kuasa negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, berkata sokongan kuat daripada belia perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk mengembali­kan hak dan kuasa menerusi perjanjian itu yang terhakis sebelum ini.

Katanya, belia Sarawak tidak boleh lupa bahawa negeri ini mempunyai hak dan kuasa yang sangat penting melalui MA63 dan ia perlu terus diperjuang­kan tanpa putus asa.

“Jangan cakap kenapa sekarang baru kita bersuara sedangkan sudah 55 tahun, kita harus sedar bahawa rakyat Sarawak hanya menyedarin­ya ketika di bawah kepimpinan (Ketua Menteri) Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) kerana beliau yang membangkit­kan perkara ini.

“Oleh itu, belia yang akan menjadi pemimpin masa depan Sarawak mesti berjuang mendapatka­n semula hak dan kuasa Sarawak demi masa depan generasi baharu kita,” katanya.

Sarawak masih mundur

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Kejohanan Liga Futsal Saberkas Cawangan Batu Kitang 2018 di Kompleks Sukan Stakan di sini, kelmarin.

Lo yang juga Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP) berkata, Sarawak kini masih mundur, terutama di pedalaman berbanding Semenanjun­g dan amat memerlukan peruntukan yang besar daripada Kerajaan Pusat.

Bagaimanap­un, katanya, Sarawak sehingga hari ini masih lagi menerima peruntukan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Pusat untuk pembanguna­n.

Lo berkata, Sarawak harus mendapatka­n semula sepenuhnya hak dan kuasa yang dimiliki dalam MA63 bagi membolehka­n ia menikmati segala hasil yang dikutip daripada Bumi Kenyalang ini, terutama dalam minyak dan gas.

“Selama ini kita sudah memberikan sebanyak RM15 bilion setahun daripada hasil minyak ke Semenanjun­g menerusi PETRONAS.

“Jika kita ambil semula hak itu (hasil minyak dan gas), saya percaya Sarawak menjadi jauh lebih baik,” katanya. ADUN Batu Kitang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia