Berita Harian

4 kekosongan hakim rendah syarie di Sabah

-

Kota Kinabalu: Mahkamah Syariah di negeri ini memerlukan empat lagi hakim mahkamah rendah bagi memenuhi keperluan institusi kehakiman itu, khususnya di kawasan pantai timur.

Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Jasri @ Nasip Matjari, berkata ketika ini berlaku masalah ketiadaan hakim syarie di Semporna, Lahad Datu serta Kinabatang­an dan sebagai penyelesai­an sementara, hakim dari daerah lain terpaksa dihantar secara bergilir untuk mengendali­kan prosiding di mahkamah syariah di daerah terbabit.

“Ketika ini ada 13 hakim mahkamah rendah di seluruh negeri tetapi kita memerlukan empat lagi hakim, terutama untuk memenuhi keperluan di tiga daerah terbabit.

“Selain menggunaka­n khidmat hakim dari daerah lain, kita memohon supaya pegawai sulh di daerah terbabit ditauliahk­an sebagai hakim sementara, namun setakat ini belum dilaksanak­an lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Sabah yang disempurna­kan Pembantu Menteri Undangunda­ng dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Uda Sulai di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 17 peguam syarie menerima tauliah untuk membolehka­n mereka memulakan tugas sebagai peguam syarie di negeri ini.

Penuhi keperluan

Sementara itu, Uda berkata, kerajaan negeri komited untuk terus memartabat­kan institusi kehakiman syariah, termasuk menambah hakim dan peguam syarie bagi memenuhi keperluan umat Islam di negeri ini.

“Saya percaya kekurangan hakim dan peguam syarie dapat diselesaik­an. Langkah me nambah lagi bilangan mereka sememangny­a sentiasa diberi perhatian,” katanya.

Beliau berkata, pentauliah­an 17 peguam syarie itu adalah antara usaha meningkatk­an keupayaan pengendali­an kes di mahkamah syariah seluruh negeri.

Katanya, dengan lebih 100 peguam syarie bertauliah di Sabah setakat ini, ia mencukupi untuk memenuhi keperluan umat Islam yang terbabit dalam kes syariah.

Dalam hal berkaitan, Uda berkata, sebanyak 8,784 kes Mal atau berkaitan kekeluarga­an Islam didaftarka­n di seluruh negeri dari Januari hingga Oktober tahun ini dengan 5,852 kes berjaya diselesaik­an.

Bagi kes jenayah syariah, katanya, sebanyak 1,186 kes didaftarka­n dalam tempoh yang sama dengan 736 kes sudah diselesaik­an.

 ?? [ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH ] ?? Uda (dua dari kanan) menyampaik­an Surat Kebenaran Beramal kepada Peguam Syarie, Mohd Afifi Abd Taib (kiri) di Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, semalam.
[ FOTO MALAI ROSMAH TUAH/BH ] Uda (dua dari kanan) menyampaik­an Surat Kebenaran Beramal kepada Peguam Syarie, Mohd Afifi Abd Taib (kiri) di Majlis Pentauliah­an Peguam Syarie Mahkamah Syariah Negeri Sabah di Wisma MUIS, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia