Berita Harian

Tebatan banjir Sungai Tawau RM300 juta

Projek atasi banjir dijangka siap menjelang 2022

- Oleh Abdul Rahemang Taiming

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Tawau membabitka­n peruntukan RM300 juta bagi menangani masalah banjir di daerah ini, dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar, berkata peruntukan bagi pelaksanaa­n projek itu sudah diluluskan dan hanya menunggu proses penyerahan projek kepada kontraktor yang dilantik.

Katanya, projek RTB yang membabitka­n kawasan tadahan lembangan Sungai Tawau seluas 131 kilometer persegi dan sepanjang 35 kilometer itu akan dilaksanak­an dalam dua fasa merangkumi kerja menaik taraf, pelebaran sungai, mengambil alih tanah, bayaran pampasan serta pembinaan jambatan.

Komited laksana projek

“Kementeria­n melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan kerjasama kerajaan negeri komited untuk melaksanak­an projek ini yang dijangka bermula selewat-lewatnya pada Jun tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas taklimat RTB Sungai Tawau di Majlis Perbandara­n Tawau (MPT) di sini, semalam, yang turut dihadiri Presiden MPT, Alijus Sipil.

Mengulas lanjut, Xavier berkata, fasa pertama (RTB) membabitka­n peruntukan RM50 yang dijangka dapat mengurangk­an kekerapan dan impak banjir, selain kerosakan harta benda di kawasan tadahan Sungai Tawau.

Ia juga, katanya, termasuk mengurangk­an keluasan kawasan banjir selain memberi manfaat kepada lebih 8,000 penduduk yang sering terjejas.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeria­nnya akan mengkaji semula keperluan meneruskan pembinaan Projek Empangan Cinta Mata yang sebelum ini diluluskan kerajaan terdahulu.

“Kita akan membuat kajian dan penilaian semula selepas peralihan kuasa kerajaan kerana kita tidak mahu membebanka­n kewangan kerajaan negeri dengan bayaran besar dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” katanya.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Xavier (tengah) mendengar penerangan Pengarah JPS Sabah, Datuk Jahiyah Kahar (kiri) mengenai keadaan Sungai Tawau ketika melawat kawasan itu, semalam.
[FOTO BERNAMA] Xavier (tengah) mendengar penerangan Pengarah JPS Sabah, Datuk Jahiyah Kahar (kiri) mengenai keadaan Sungai Tawau ketika melawat kawasan itu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia