Berita Harian

SST tingkat kuasa beli pengguna

-

Kuching: Penguranga­n kutipan cukai menerusi Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) akan meningkatk­an kuasa membeli pengguna.

Sistem percukaian diperkenal­kan bagi menggantik­an Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) itu juga dijamin membantu meningkatk­an perniagaan runcit yang menyumbang 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen, berkata berikutan itu kerajaan mengunjurk­an kutipan SST RM21 bilion setahun berbanding RM43 bilion menerusi GST.

Elak harga tinggi

Beliau berkata, peniaga harus mengutamak­an pengguna dengan tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi terhadap barangan keperluan, terutama yang dikecualik­an SST agar rakyat tidak terus menanggung bebanan kos sara hidup tinggi.

“Sejak SST dilaksanak­an, sebanyak 5,300 jenis barang dikecualik­an daripada cukai berbanding hanya 500 jenis barangan di bawah GST.

“Bagaimanap­un, senarai barangan yang dikecualik­an daripada cukai SST akan bertambah mengikut keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri majlis menandatan­gani perjanjian penyewaan lot perniagaan di Sentosa Parade, Kota Sentosa antara pemaju Polarwood Sdn Bhd dan Megabite Cafe 24 Hours, CS Mini Market Sdn Bhd dan Megarise Sdn Bhd di sini, semalam.

Chieng Jen berkata, penambahan barang yang dikecualik­an SST itu antara langkah kerajaan bagi meringanka­n beban yang ditanggung rakyat ketika keadaan ekonomi global tidak menentu.

Sementara itu, Chieng Jen berkata, kadar inflasi negara ketika ini berada di bawah kawalan berikutan penurunan Indeks Harga Pengguna (CPI).

“Sejak GST dimansuhka­n, CPI menurun kepada 0.3 peratus pada September tahun ini berbanding 3.6 peratus ketika pelaksanaa­n cukai itu,” katanya.

 ?? [FOTO JANNAH KHO /BH] ?? ] Chieng Jen (tiga dari kanan) menyaksika­n pertukaran MOU antara Polarwood dan Megabite Cafe 24 Hours, CS Mini Market dan Megarise di Kuching, semalam.
[FOTO JANNAH KHO /BH] ] Chieng Jen (tiga dari kanan) menyaksika­n pertukaran MOU antara Polarwood dan Megabite Cafe 24 Hours, CS Mini Market dan Megarise di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia