Berita Harian

Manik Orang Ulu jadi produk kraf mewah

-

Miri: Produk manik masyarakat Orang Ulu di Sarawak berpotensi menjadi barang mewah yang tinggi nilainya jika dihasilkan lebih baik dan dipromosi menerusi platform digital.

Ahli Dewan Undangan Negeri Telang Usan, Dennis Ngau, berkata manik Orang Ulu sememangny­a sudah dikenali penggemar manik dunia kerana kehalusan anyamannya.

Bagaimanap­un, katanya, kraftangan itu perlu dihasilkan mengikut cita rasa yang lebih tinggi supaya diminati penggemar manik dengan harga lebih baik.

Beliau berkata, manik yang dihasilkan wajar mencapai piawaian yang mampu memenuhi cita rasa penggemar manik supaya ia dapat menjadi perhiasan mewah.

Pasaran luar negara

“Sasaran ini harus ditetapkan pengusaha manik Orang Ulu memandangk­an ia dapat menembusi pasaran luar negara, selain mempunyai nilai seni dan harga lebih baik,” katanya ketika merasmikan ‘Bengkel Aksesori Manik dan Keterampil­an Diri’ di Pustaka Miri di sini, semalam.

Dennis berkata, produk manik sudah semakin diminati ramai, khususnya pelancong asing berkunjung ke Sarawak kerana dijadikan sebagai cenderamat­a yang menampilka­n kehalusan seni Orang Ulu.

Katanya, pengusaha manik wajar mencari pasaran lebih luas dan kaedah terbaik ialah mempromosi­kannya menggunaka­n internet seperti disarankan kerajaan negeri menerusi platform ekonomi digital.

“Produk kraf yang baik dan bermutu tinggi perlu dipromosi, bukan sahaja di dalam negara malah antarabang­sa kerana ia secara tidak langsung dapat memperkena­lkan Sarawak di mata dunia.

“Pengusaha manik Orang Ulu di Sarawak boleh berkongsi idea menghasilk­an manik berkualiti dengan pakar manik dari negara luar supaya hasilnya kelak bernilai tinggi,” katanya.

 ??  ?? Dennis Ngau
Dennis Ngau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia