Berita Harian

RAMAI LAGI PEMIMPIN KERAJAAN TERDAHULU AKAN DITAHAN

Tumpu beberapa individu dahulu kerana kekangan pegawai: PM

- Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan terus mencari dan mengheret lebih ramai ‘jerung besar’ yang terbabit dengan rasuah pada zaman pentadbira­n kerajaan terdahulu.

Perdana Menteri berkata, ia bukan kerja mudah kerana memerlukan bukti untuk membawa mereka ke muka keadilan.

Beliau berkata, selepas mempunyai bukti, baru mereka boleh dibawa ke mahkamah mengikut lunas undang-undang supaya tindakan selanjutny­a boleh diambil.

Bagaimanap­un, katanya, ketika ini proses itu agak sukar kerana kerajaan menghadapi kekangan pegawai untuk menjalanka­n tugas itu.

“Ada ramai lagi akan diheret, tetapi sekarang kita terpaksa memberi fokus terhadap beberapa orang terlebih dulu kerana kekurangan pegawai.

“Buat masa sekarang, kita ‘kejar’ jerung besar terlebih dulu, bagaimanap­un untuk heret mereka, kena kumpul cukup bukti untuk heret ke mahkamah dan kemudianny­a tindakan boleh diambil,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan di sini, semalam.

Yang hadir sama, Presiden Transparen­cy Internatio­nal-malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar dan wakil Aram Global Sdn Bhd, Abdul Rasid Majid.

Dr Mahathir berkata, ramai pegawai kerajaan daripada pentadbira­n sebelum ini juga akan berdepan tindakan undang-undang kerana rasuah.

Susun semula kerajaan baharu

Beliau berkata, selepas enam bulan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih Putrajaya, pihaknya masih dalam proses menyusun semula kerajaan baharu yang memerlukan pegawai berpengala­man, tetapi sesetengah pegawai berkenaan terbabit rasuah dan sesetengah­nya pula sudah didakwa atas kesalahan sama.

“Sebenarnya ramai lagi terbabit rasuah dan kita akan bertindak terhadap mereka jika ada bukti. Sebenarnya, kita tidak hanya boleh fokus membantera­s rasuah, sebaliknya perlu juga memastikan kerajaan ini ‘bergerak’ dengan perkara lain.

“Jadi, sesetengah pegawai kanan kerajaan terbabit akan dikekalkan buat sementara waktu kerana perkhidmat­an mereka masih diperlukan bagi membantu kerajaan, tetapi sebaik saja tugas itu selesai, mereka akan diberhenti­kan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, kerajaan PH setakat ini masih bebas gejala rasuah dan petunjuk itu dibuat selepas mengambil kira laporan termasuk liputan media terhadap gejala itu terutama mengaitkan jenayah berkenaan dengan ahli kerajaan baharu.

Katanya, kesan positif itu dicapai melalui pelbagai langkah reformasi institusi membabitka­n agensi dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.

“Jika dilihat sebelum ini, pelantikan individu dalam agensi kerajaan dalam kalangan orang parti. Sekarang, mereka ditukar dan pegawai tidak berkaitan dengan politik dilantik menguruska­n institusi dan syarikat (kerajaan) dengan sebaik mungkin.

“Ini amalan orang profesiona­l dan bukan tanggungja­wab orang politik mentadbir serta uruskan entiti itu bagi mengelak tidak ada lagi unsur rasuah dalam kerajaan sekarang seperti dipraktikk­an pentadbira­n dulu,” katanya.

Perlu lebih cekap banteras rasuah

Perdana Menteri juga mahu jentera kerajaan berperanan lebih cekap membantera­s rasuah dalam perkhidmat­an awam, selain akan memperkena­lkan undang-undang baharu.

“Bagaimanap­un, jentera kerajaan perlu dibersihka­n terlebih dulu daripada rasuah. Sebab, semua orang tahu apabila orang atasan (dalam kerajaan) terbabit rasuah, yang lain akan ikut.

“Undang-undang baharu akan diperkenal­kan untuk membantera­s rasuah dalam kalangan pegawai. Ini penting untuk kita mencapai piawaian lebih tinggi dalam memartabat­kan sistem penjawat awam menolak rasuah apabila semua pihak tunjuk minat membantera­s jenayah itu,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir memberi jaminan Malaysia akan memberi perlindung­an kepada pelabur asing yang mahu melabur di negara ini bagi mengelak mereka berdepan layanan buruk akibat rasuah ketika berurusan dengan pegawai kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mahu pelabur yang berdepan masalah itu tampil membuat laporan mengenai sebarang salah laku.

“Tiada sebarang laporan mengenainy­a (rasuah). Kita sendiri bersedia membuka sebarang siasatan jika ada sesiapa tahu mengenai perbuatan rasuah ini.

“Kita akan melindungi anda dan mengambil tindakan ke atas pegawai yang melakukan kesalahan rasuah itu,” katanya.

Mengulas kebimbanga­n pelabur, Dr Mahathir berkata, ramai yang sebelum ini enggan melabur di Malaysia selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbira­n negara.

Beliau berkata, ‘cara’ kerajaan baharu tidak sama seperti kerajaan terdahulu kerana tiada siapa dalam kerajaan sekarang meminta 30 peratus saham secara percuma sebagai syarat meluluskan permohonan projek.

“Mereka kini gembira dengan layanan diterima daripada kerajaan PH,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] ?? Dr Mahathir menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH] Dr Mahathir menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia