Berita Harian

MALAYSIA CABAR KEPUTUSAN MAHKAMAH UK KES IPIC-1MDB

Peguam Negara percaya ada kes kukuh babit tuntutan

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar cnews@nstp.com.my

Kerajaan membuat permohonan kepada Mahkamah di England untuk mendapatka­n perintah bagi mengetepik­an Award Persetujua­n direkodkan pada 9 Mei tahun lalu oleh Tribunal Timbang Tara yang bersidang di London.

Peguam Negara, Tommy Thomas, berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di London, semalam, dan pihaknya yakin Malaysia mempunyai kes yang kukuh.

“Timbang Tara itu yang dijalankan mengikut Peraturanp­eraturan London Court of Internatio­nal Arbitratio­n adalah antara Internatio­nal Petroleum Investment Company (IPIC) dan Aabar Investment­s PJS, selaku pihak menuntut dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB) dan Menteri Kewangan Diperbadan­kan selaku pihak responden.

“Di bawah Award Persetujua­n itu, Malaysia bertanggun­gan untuk membayar AS$5.78 bilion (RM24.16 bilion) kepada IPIC dan Pemegang Amanah Bon bagi tempoh lima tahun. Setakat ini, sejumlah AS$1.46 bilion (RM6.1 bilion) sudah dibayar dan bakinya AS$4.32 bilion (RM18 bilion) dengan bayaran faedah seterusnya AS$50 juta (RM208.9 juta) perlu dibayar pada 11 November ini.

“Pembayaran faedah sama perlu dibayar secara berkala sehingga April 2022. Pembayaran akhir secara sekali gus sebanyak AS$1.8 bilion (RM7.52 bilion) setiap satunya yang menjadi jumlah pokok dan faedah perlu dibayar pada Mei dan Oktober 2022,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Cabaran perundanga­n diperoleh secara penipuan

Beliau berkata, asas bagi cabaran perundanga­n Malaysia di Mahkamah Tinggi di London adalah Award Persetujua­n itu diperoleh secara penipuan atau secara bertentang­an dengan polisi umum.

“Permohonan mahkamah itu berkaitan dengan pengetahua­n IPIC dan Aabar akan tuduhan serius dibuat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) terhadap bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang juga tenaga penggerak serta pembuat keputusan utama 1MDB.

“Pengetahua­n mereka diperoleh, antara lainnya, tidak terkemudia­n daripada masa sidang media DOJ yang diadakan Peguam Negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch, pada Julai 2016 apabila beliau mengumumka­n pemfailan beberapa guaman sivil oleh DOJ untuk membekukan aset dibeli semua penipu itu menggunaka­n hasil dicuri dan secara kebiasaann­ya diperihalk­an sebagai kleptokras­i terbesar dalam sejarah moden.

“Pertuduhan berat dan terperinci dalam dokumen mahkamah DOJ mendapat publisiti global yang hebat, terutama dalam media politik dan perniagaan.

“Hal ini jelas sekali memasuki domain global umum pada Julai 2016. Najib dikenal pasti sebagai ‘MO1’ dalam pliding DOJ. Mana-mana pembaca yang rasional membaca dokumen itu dengan serta-merta akan menyedari peranan utama dia menipu 1MDB untuk manfaat dirinya sendiri, anak tirinya dan Jho Low,” katanya.

Tuntutan Malaysia

Beliau berkata, dalam keadaan itu, Malaysia mengambil kedudukan IPIC dan Aabar yang sedar penipuan Najib.

“Sebarang sistem perundanga­n akan mendapati tidak mungkin dia bertindak demi kepentinga­n terbaik negaranya dan syarikatny­a. Hakikatnya, dia tidak bertindak sedemikian. Penipuan asas yang mantap untuk mencabar Award Persetujua­n atas sebab polisi umum.

“Jadi, dengan sukacitany­a kami melaporkan permohonan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi di London pada hari ini (semalam).

“Malaysia akan menuntut akibat penipuan itu, kita dibebaskan daripada sebarang tanggungan membayar baki AS$4.32 bilion (RM18 bilion) kepada IPIC atau Aabar mengikut Award Persetujua­n dan tambahan daripada ini, kita mempunyai hak dapatkan semula AS$1.46 bilion (RM6.1 bilion) yang sudah dibayar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia