Berita Harian

95 peratus projek tanpa tender

Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli dedahkan 95 peratus daripada keseluruha­n projek di bawah kementeria­n itu yang diluluskan kerajaan terdahulu diberi secara rundingan terus atau melalui tender terhad Menurut menterinya, Dr Xavier Jayakumar, kementeria

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@nstp.com.my

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar mendedahka­n 95 peratus daripada projek di bawah kementeria­n itu yang diluluskan kerajaan terdahulu diberi secara rundingan terus atau melalui tender terhad.

Susulan itu, beliau berkata, kelulusan tender bagi semua projek itu dibatalkan dan proses tender baharu secara terbuka akan dibuat semula untuk memberi keadilan kepada semua pihak.

“Semua projek kementeria­n ini diserahkan kepada kontraktor tanpa melalui proses tender terbuka oleh kerajaan sebelum ini.

“Sebab itu kita batal semua (kelulusan tender projek sebelum ini) di Sabah dan buat tender semula,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerja ke Sabah, di sini, semalam.

Xavier berkata, langkah itu sejajar dengan pendekatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mahu semua proses dibuat secara telus, termasuk memastikan tender projek dibuat secara terbuka.

Tumpu isu air untuk Sabah

Sementara itu, beliau berkata, isu air terus diberi keutamaan dalam pelan pembanguna­n kementeria­n itu di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.

Katanya, perkara itu akan dibincangk­an bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sejajar kerjasama yang terjalin antara kerajaan negeri dan Pusat.

Bagi Bajet 2019 yang dibentangk­an Jumaat ini, katanya, beberapa projek di Sabah diberi keutamaan khususnya berkaitan industri air, termasuk masalah banjir.

 ?? [FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] ?? Mohd Shafie (kiri) pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli di Bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.
[FOTO EDMUND SAMUNTING/BH] Mohd Shafie (kiri) pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli di Bangunan Pusat Pentadbira­n Negeri Sabah, Kota Kinabalu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia