Berita Harian

NAJIB BUAT PENGAKUAN PALSU TERIMA DERMA RM2.6B

-

Kuala Lumpur: Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa RM2.6 bilion adalah derma kerabat diraja Arab Saudi adalah palsu selepas Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar perkara sebenar menerusi pertemuan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) di Washington.

Bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, ketika menjelaska­n perkara itu, berkata kenyataan Najib sebelum ini didapati bercanggah dengan bukti ditunjukka­n Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ).

Katanya, kenyataan SPRM pada 2015 bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan daripada pihak penderma dari Asia Barat dan bukannya dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dibuat bersandark­an maklumat yang ada ketika itu.

Perkara terbongkar

“Masa itu, menerusi kenyataan berkenaan, kita kata ia adalah derma, tetapi selepas mengadakan beberapa pertemuan (dengan pihak berkuasa lain), perkara sebenar terbongkar,” katanya kepada pemberita di Persidanga­n Anti-rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik serta Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mampan, di ibu negara, semalam.

Beliau mengulas percanggah­an kenyataan MACC pada 3 dan 5 Ogos 2015 lalu bahawa suruhanjay­a itu mengesahka­n transaksi deposit RM2.6 bilion ke akaun Najib yang ketika itu menyandang jawatan Perdana Menteri ialah sumbangan penderma dari Asia Barat dan bukan dana 1MDB.

Pengesahan SPRM menerusi kenyataan ketika itu dibuat bersandark­an penjelasan dikemukaka­n penderma itu secara peribadi, yang dikatakan seorang putera raja Arab Saudi.

Dokumen perbankan

Perincian mengenai penyaluran derma itu turut diperoleh SPRM menerusi pembuktian dokumen perbankan, selain beberapa surat yang dikatakan dihantar kepada pengurusan Ambank apabila dana terbabit dimasukkan ke akaun Najib.

Terus diasak media berhubung rasional di sebalik percanggah­an kenyataan SPRM, Abu Kassim berkata: “Mahkamah akan kemukakan kebenaran”.

Najib sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa beliau percaya wang diperolehn­ya ialah hasil pemberian derma daripada kerabat Arab Saudi.

 ??  ??
 ??  ?? Abu Kassim Mohamed
Abu Kassim Mohamed

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia