Berita Harian

BUKAN SATU KESALAHAN, SUKAR KEMUKA BUKTI DI MAHKAMAH

Suami lebih cenderung dilepaskan, sukar kemuka bukti

-

Perlakuan rogol dalam perkahwina­n sukar dibuktikan di mahkamah, sekali gus membuatkan­nya tidak dilihat sebagai kesalahan pada masa ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata pesalah lebih cenderung untuk dilepas berbanding disabitkan dengan kesalahan itu.

“Kerajaan mengambil kira semua faktor dan berasa belum tiba masanya menjadikan rogol dalam perkahwina­n sebagai kesalahan.

“Bagaimanap­un, jika ada kes membabitka­n kekerasan rumah tangga, Seksyen 375A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak wanita terjamin,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Maria Chin Abdullah (PH-PKR Petaling Jaya) mengenai pendirian kerajaan berhubung kesalahan rogol dalam perkahwina­n.

Isu merentasi agama

Mohamed Hanipa turut mengalu-alukan pandangan semua pihak tanpa mengira kaum bagi memberi kesedaran berhubung kes terbabit kerana ia dianggap sebagai isu merentasi agama.

Beliau berkata, Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen pernah ditubuhkan bagi mengkaji peruntukan berkaitan rogol dalam perkahwina­n.

Katanya, dapatan jawatankua­sa itu dikemukaka­n ketika pembentang­an Rang Undangunda­ng Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006.

“Jawatankua­sa itu mengesyork­an peruntukan khusus iaitu jika suami mencederak­an isteri atau meletakkan isterinya atau orang lain dalam ketakutan, kematian atau kecederaan dengan tujuan mengadakan hubungan seks, dia melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun.

“Pendirian ini tidak bertentang­an dengan mana-mana prinsip agama. Dalam konteks ini, apa yang ditekankan adalah kecederaan yang dilakukan suami ke atas isteri,” katanya.

Seksyen 375 Kanun Keseksaan masih kekal

Mohamed Hanipa berkata, walaupun Seksyen 375 Kanun Keseksaan memperuntu­kkan pengecuali­an persetubuh­an suami isteri dalam perkahwina­n sah dan masih berkuat kuasa di sisi undang-undang tidak boleh dianggap sebagai rogol, ia bukan imuniti kepada suami.

Oleh itu, katanya, kerajaan mengekalka­n peruntukan berkaitan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

“Ia memandangk­an kesalahan mendatangk­an kecederaan ke atas isteri bagi mengadakan hubungan seksual sudah diperuntuk­kan mengikut Seksyen 375A kanun sama,” katanya.

Bagaimanap­un, jika ada kes membabitka­n kekerasan rumah tangga, Seksyen 375A Kanun Keseksaan digunakan untuk memastikan hak wanita terjamin” Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia