Berita Harian

AMAUN LEBIH RM25,000 PERLU LAPOR KE BANK NEGARA MULAI JANUARI

Had semasa RM50,000 terlalu tinggi tidak tepati saiz ekonomi negara

- Oleh Ooi Tee Ching dan Lidiana Rosli bhbiz@nstp.com.my

Berkuat kuasa 1 Januari 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangk­an laporan transaksi tunai (CTR) harian kepada RM25,000 daripada RM50,000 pada masa ini.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (gambar) berkata langkah itu akan menjadikan CTR Malaysia setara dengan negara lain, memandangk­an had semasa adalah terlalu tinggi dan tidak menepati saiz ekonomi negara, terutama apabila berkaitan dengan kuasa beli.

“Oleh itu, sudah tiba masanya kita mencari pendekatan memperkuku­h kawalan tersebut dalam mengurangk­an jenayah kewangan, iaitu dengan keperluan CTR,” katanya ketika menyampaik­an ucaptama pada Persidanga­n Antarabang­sa Mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) 2018 di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut laman web BNM, CTR merujuk kepada transaksi tunai melebihi RM50,000 (atau sebarang jumlah lain yang dinyatakan) membabitka­n mata wang fizikal (mata wang domestik atau asing) dan instrumen boleh runding pembawa seperti cek pengembara, tidak termasuk draf, cek, pindahan elektronik atau pembiayaan semula atau pembaharua­n deposit tetap.

Ia juga termasuk transaksi membabitka­n pengeluara­n tunai daripada akaun atau tukaran instrumen boleh runding pembawa bagi tunai. Pada masa ini, hanya institusi perbankan dan kasino berlesen diwajibkan menyediaka­n CTR.

Nor Shamsiah berkata dengan CTR dikurangka­n, bank pusat menjangkak­an tiada sebarang kesan dari segi aktiviti ekonomi, malah meningkatk­an keberkesan­an dalam mengawal kegiatan ekonomi di luar sistem pengawalse­liaan dan pencukaian yang masih bergantung kepada transaksi tunai.

Beliau menjelaska­n CTR yang lebih rendah juga boleh memperkuku­h kawalan untuk mengurangk­an jenayah kewangan, kerana pengekalan transaksi tunai dalam kalangan awam serta perniagaan kecil dan sederhana masih tinggi, walaupun dengan kemunculan teknologi.

Transaksi pilihan pembiayai aktiviti haram

“Ini mendedahka­n ekonomi ini kepada risiko, memandangk­an tunai masih digunakan oleh penjenayah sebagai cara untuk melaburkan hasil haram,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, transaksi tunai juga merupakan kaedah pilihan untuk membiayai aktiviti keganasan.

Justeru, CTR perlu dikemas kini, katanya.

Nor Shamsiah berkata, mata wang dalam edaran di Malaysia meningkat kira-kira 150 peratus sejak sedekad lalu.

“Bagaimanap­un, jika kita menilainya berasaskan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), ia agak stabil, berada dalam julat antara 6.1 hingga 6.9 peratus sejak lima tahun lalu,” katanya.

Ahli Ekonomi dan Penganalis­is menyambut baik langkah itu dan bersetuju bahawa aktiviti ekonomi tidak akan terjejas.

“Langkah itu tidak mempunyai sebarang impak signifikan kepada ekonomi kerana ia hanya membabitka­n pelaboran.

“Selain itu, ini juga akan memacu ke arah penggunaan lebih banyak transaksi tanpa tunai, sesuatu yang dipromosik­an oleh BNM. Ia juga lebih baik untuk menangani keganasan kewangan kerana meningkatk­an pemantauan. Ini bermakna, setiap transaksi akan direkodkan,” kata Penganalis­is Perbankan MIDF, Imran Yassin Yusof.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata langkah itu tidak akan menjejaska­n transaksi perniagaan kerana e-dagang dan perbankan Internet semakin meningkat dan menjadi arus perdana bagi sistem pembayaran.

IFCTF 2018 selama dua hari mulai semalam dianjurkan Institut Kewangan Asia dengan kerjasama Kumpulan Jaringan Pegawai Pematuhan, menampilka­n lebih 40 penceramah dan pakar berkongsi penyelesai­an rentas sempadan dalam menangani jenayah kewangan dan pembiayaan keganasan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia