Berita Harian

‘Pendakwaan kes rasuah Najib berdasarka­n laporan’

Bekas PM boleh ambil tindakan jika dakwaan diambil hanya kerana mahu balas dendam: Tun Mahathir

- Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pendakwaan kes rasuah terhadap Datuk Seri Najib Razak dilakukan berdasarka­n laporan diperoleh daripada agensi tempatan dan antarabang­sa.

Susulan itu, Perdana Menteri berkata, bekas Presiden UMNO itu boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang mendakwany­a terbabit rasuah itu jika tindakan diambil terhadapny­a itu hanya kerana mahu membalas dendam.

“Najib membuatkan Malaysia menjadi ‘terkenal’ di mata dunia disebabkan amalan kleptokras­i dalam pentadbira­n kerajaan dinaunginy­a dulu.

Pendakwaan berdasarka­n laporan media

“Jika beliau bebas daripada perlakuan rasuah, beliau boleh ambil tindakan terhadap mereka (yang melaporkan) namun tidak boleh kerana pendakwaan dibuat berdasarka­n laporan media antarabang­sa dan agensi di sini.

“Sebenarnya, agensi berkenaan yang menjejaki aliran wang (RM2.6 bilion) berkenaan, bila wang itu dipindahka­n, bila masa isi cek, semua ada rekod,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan di sini, semalam.

Boleh cakap ikut suka

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada Najib untuk bercakap yang beliau suka.

Namun, katanya, terpulang juga kepada semua pihak sama ada mempercaya­i kata-kata yang dijaja Najib.

“Jika ada percaya beliau, anda dialu-alukan untuk percaya. Apa yang terjadi ada bukti yang cukup untuk mendakwa Najib.

“Lagipun, Arab Saudi pun sudah cakap wang berkenaan bukan pemberian mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia