Berita Harian

Tambahan peruntukan perkasa SPRM

-

Kuala Lumpur: Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, mencadangk­an kerajaan memberi bajet tambahan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengurangk­an kadar rasuah di negara ini.

Beliau berkata, SPRM banyak menyelesai­kan isu rasuah besar termasuk kes membabitka­n 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan ahli politik yang menyelewen­g dana.

“Susulan itu, tidak salah jika SPRM diberi bajet lebih bagi memperkasa­kan pasukan itu menangani rasuah,” katanya selepas menghadiri Persidanga­n Anti Rasuah 2018 di sini, semalam.

Belanjawan 2019 akan dibentang Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Parlimen petang Jumaat ini.

Platform terbaik banteras rasuah

Sementara itu, Akhbar berkata, persidanga­n semalam akan menjadi platform terbaik bagi mencari langkah penyelesai­an membantera­s rasuah bersama negara luar.

Katanya, pada persidanga­n rasuah berkenaan, ramai panel dari luar negara dijemput hadir dan bekerjasam­a dengan mereka bagi menyelesai­kan masalah rasuah.

“Kami akan mengadakan perbincang­an dengan negara luar yang mempunyai tahap Indeks Persepsi Rasuah (CPI) rendah dan baik serta berkongsi maklumat dengan mereka serta bertukar pandangan untuk selesaikan masalah rasuah.

“Pertemuan ini diadakan untuk mempertegu­h dan mempamerka­n inisiatif serta hasrat bagi menangani sogokan dan rasuah, selain meningkatk­an kesedaran orang ramai berhubung jenayah kewangan,” katanya.

Kerajaan perlu memberi bajet tambahan kepada SPRM bagi mengurangk­an kadar rasuah di negara ini” Akhbar Satar, Presiden TI-M

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia