Berita Harian

Najib kena tanggungja­wab, lebih profesiona­l

-

Kuala Lumpur: Tindakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bingkas bangun dari tempat duduk dan mengugut pihak produksi Al Jazeera untuk keluar meninggalk­an set pada satu wawancara khas baru-baru ini, memperliha­tkan sikap tidak profesiona­lnya.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata Najib sebagai bekas Perdana Menteri seharusnya lebih bertanggun­gjawab dan budiman.

“Jangan lari daripada tajuk dan anda perlu bertanggun­gjawab.. .malulah. Kini beliau cuba alihkan tumpuan mengenai tindakanny­a itu kepada isu pendidikan percuma pula (merujuk entri di Facebook Najib).

“Baru-baru ini, beliau dipersoal mengenai kehilangan duit misteri RM36 juta yang diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pada zaman kepemimpin­annya. Mana pergi ghaibnya duit berkenaan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pek ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Mcdonald’s Malaysia, di sini, semalam.

Program Pek Kembali ke Sekolah

Program Pek Kembali ke Sekolah yang memasuki tahun kedua penganjura­n ini diadakan dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ronald Mcdonald Malaysia (RMHC) bersama Kementeria­n Pendidikan. Seramai 17,000 kanak-kanak miskin bandar di sekolah rendah menerima pek set pakaian sekolah baharu bernilai RM100 setiap seorang.

Sementara itu, Maszlee berkata, kementeria­n akan melancarka­n kempen membaca pada tahun depan, iaitu ‘Dekad Membaca Kebangsaan’ dan kempen nilai murni.

“Kita berharap pihak swasta lain, termasuk Mcdonald membantu kita ke arah menerapkan nilai terbabit,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia