Berita Harian

‘Penjawat awam perlu berani beri nasihat betul’

-

Putrajaya: Anggota perkhidmat­an awam, termasuk pegawai tadbir dan diplomatik (PTD), perlu berani tampil serta memberikan nasihat betul apabila berlaku suatu perkara membabitka­n konflik kepentinga­n.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar, menegaskan keupayaan itu penting bagi memastikan tugasan dapat dijalankan dengan amanah.

Beliau berkata, budaya kerja berdisipli­n tinggi adalah penting bagi meningkatk­an keyakinan diri menghadapi cabaran.

“Jika perkara itu betul, katakan ‘ya’ dan kalau salah, kita perlu berani membetulka­nnya. Kita sebagai anggota perkhidmat­an awam memikul tanggungja­wab besar dalam memastikan segala urusan kerajaan berpanduka­n lunas undang-undang.

“Dalam apa juga tugas, adalah penting untuk melaksanak­annya dengan penuh taat, beramanah dan berintegri­ti, serta jangan sesekali mengutamak­an kepentinga­n diri atau pihak tertentu.

“Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa, dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan diambil haruslah berpanduka­n peraturan yang sudah digubal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Penganuger­ahan Diploma Pascasiswa­zah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.

Kembalikan ‘Harimau Asia’

Ismail berkata, kepelbagai­an dan kompleksit­i bidang tugas PTD menjadikan pegawai berkenaan sebagai tulang belakang jentera pentadbira­n yang bukan sahaja berfungsi sebagai think-tank tetapi juga penasihat kepada kerajaan.

“PTD adalah pemikir, perancang dan pelaksana yang terbabit secara langsung dalam pembanguna­n negara. Peranan ini perlu diteruskan agar skim PTD terus kekal relevan pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sektor perkhidmat­an awam yang cemerlang akan mendukung pembanguna­n semula Malaysia, sekali gus kembali menjadikan­nya ‘Harimau Asia’.

Justeru, katanya, semua penjawat awam bertanggun­gjawab menyahut cabaran itu dan bersedia membuktika­n kepada dunia bahawa Malaysia pulih serta menjadi ‘Harimau Asia’ semula.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Ismail (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik) kepada Zulfadli Zakaria pada Istiadat Penganuger­ahan DPA dan INTAN JPA, di Putrajaya, semalam.
[FOTO BERNAMA] Ismail (kiri) menyampaik­an Anugerah Khas Ketua Setiausaha Negara (Kepimpinan Terbaik) kepada Zulfadli Zakaria pada Istiadat Penganuger­ahan DPA dan INTAN JPA, di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia