Berita Harian

Ambrin nafi ubah laporan

Bekas Ketua Audit Negara minta diberi peluang perjelas dakwaan

- Oleh Manirajan Ramasamy

Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menafikan dakwaan yang beliau mengubah laporan asal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Bagaimanap­un, beliau mengakui laporan 1MDB berkenaan adalah miliknya dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap laporan itu.

“Tidak ada pengubahan atau campur tangan. Saya tidak tahu apa yang dia (Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang (PAC), Wong Kah Woh) katanya ketika ditanya mengenai dakwaan laporan 1MDB diceroboh.

Ambrin berkata demikian selepas Sidang Anti Rasuah yang dianjurkan Transparen­cy Internatio­nal Malaysia (TI-M) dan Aram Global Sdn Bhd di Hotel Istana, di sini, semalam.

Kelmarin, Kah Woh mendedahka­n laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB dipinda atas arahan individu tertentu.

Usaha kesan salah laku gagal

Pindaan ke atas laporan itu mengakibat­kan usaha mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu gagal dan salah laku itu pula hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbira­n negara pada 9 Mei lalu.

Ambrin berkata, beliau sepatutnya hadir di hadapan anggota PAC, tetapi pendengara­n itu ditangguh.

“Itulah sebabnya saya harus diberi peluang memberi penjelasan, tetapi pendengara­n ditangguh. Jadi, apa yang ada untuk komen. saya tidak dapat mengulas apa-apa,” katanya.

Ditanya mengapa PAC ditangguhk­an untuk memanggiln­ya, Ambrin berkata, beliau tidak dimaklumka­n sebarang sebab dan bersedia untuk menghadiri prosiding berkenaan.

“Tiada sebab diberikan, mungkin ia ada kaitan dengan proses mahkamah yang sedang berlangsun­g, saya perlu tunggu sehingga selesai,” katanya.

 ??  ?? Ambrin Buang Keratan akhbar BH semalam.
Ambrin Buang Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia