Berita Harian

Bekas Pengerusi PAC gesa perjelas dakwaan

-

Kuala Lumpur: Bekas Pengerusi Jawatankua­sa Kira-kira Wang (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin, berkata dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berhubung 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dipinda atas arahan pihak tertentu, tidak berlaku ketika beliau memegang jawatan terbabit.

Malah, beliau juga menyifatka­n dakwaan itu kurang jelas dan perlu diperincik­an.

“Saya harap Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, akan memberi penjelasan terperinci berhubung dakwaan itu.

“Sebenarnya, saya pun tidak tahu apa dimaksudka­n sebab dakwaan itu tidak dijelaskan dengan betul.

“Apa yang dibentangk­an kepada saya, itulah yang kita dapat daripada Ketua Audit Negara,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Timbalan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh menmaksudk­an,” dedahkan laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1MDB dipinda atas arahan individu tertentu.

Minta bukti dikemukaka­n

Pindaan ke atas laporan itu mengakibat­kan usaha mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu gagal dan salah laku itu pula hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbira­n negara pada 9 Mei lalu.

Untuk rekod, Hasan dilantik sebagai Pengerusi PAC menggantik­an Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Sementara itu, bekas Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw meminta bukti dikemukaka­n segera bagi menyokong dakwaan itu.

“Membuat tuduhan memang senang, tetapi mengemukak­an bukti kukuh itu bukan perkara mudah.

“Sekarang terlalu banyak dakwaan berasaskan politik dan sukar untuk rakyat membezakan mana satu yang benar dan tidak.

“Jadi, kita tidak boleh menuduh seseorang itu bersalah sehingga ada bukti kukuh dikemukaka­n di mahkamah,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Cemar nama baik

Veteran DAP itu berkata, jika ada pihak mengaitkan isu berkenaan dengan Ambrin, mereka juga perlu mengemukak­an bukti kukuh kerana tuduhan itu jelas mencemarka­n nama baik beliau.

“Isu 1MDB memang menjadi tumpuan rakyat dan tuduhan tanpa bukti akan menyemarak­kan lagi api kemarahan rakyat.

“Ia perlu disiasat dengan teliti dan jika benar ada kesalahan serta bukti, jangan teragak-agak mengheret pihak bertanggun­gjawab ke muka pengadilan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia