Berita Harian

Warga pendidik

Bonus perlu diberi tingkat motivasi guru terus khidmat kepada anak bangsa

- Oleh Syanty Octavia Amry dan Saadiah Ismail

Cabaran dihadapi golongan pendidik pada masa ini bukan calang-calang kerana tugas mereka sebagai tenaga pengajar semakin bertambah sehingga ke luar waktu kelas.

Justeru, bagi membantu memartabat­kan kerjaya guru, Kesatuan Perkhidmat­an Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) berharap Bajet 2019 yang dibentangk­an Jumaat ini dapat menyediaka­n lebih kemudahan dan menambah peruntukan kepada golongan terbabit.

Presiden NUTP, Kamarozama­n Abd Razak, berkata antara lain, bonus perlu diberikan kepada guru sebagai motivasi kepada mereka terus berbakti kepada anak bangsa.

“Bonus ini tidak semestinya diberikan sekali banyak, jika dapat kenaikan gaji tahunan (KGT) pun sudah berbaloi untuk mereka.

“Cabaran kerja yang mereka hadapi sekarang ini berganda sibuknya dan diharap kenaikan gaji tahunan ini dapat dipertimba­ngkan pada Bajet 2019 nanti,” katanya.

Elaun kritikal

Selain itu, Kamarozama­n berharap elaun kritikal dapat diberikan kepada guru bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Elaun ini sudah lama ada, tetapi tidak semua yang dapat. Saya berharap ia dapat diselarask­an dengan betul dan utamakan guru STEM dan TVET.

“Jika sudah mantap, elaun diberikan itu boleh ditarik balik.

“Selain itu, jika boleh kita berharap lebihkan bajet dan peruntukka­n mesin TVET yang mana sekarang ini masih belum mencukupi untuk digunakan hingga menjejaska­n pembelajar­an,” katanya.

Pelepasan cukai

Sementara itu, Kamarozama­n turut mencadangk­an kerajaan memberi pelepasan cukai kepada ibu bapa dan guru yang ingin memberi sumbangan derma kepada sekolah.

“Cadangan ini sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an rasa tekanan ibu bapa untuk memberikan sumbangan kepada sekolah anak mereka.

“Kita sarankan, syarikat diberikan pelepasan cukai jika membuat sumbangan RM2,000 ke atas dan individu pula RM500 ke atas. Dengan pelepasan cukai ini, saya pasti ibu bapa dan masyarakat yang ingin menghulurk­an sumbangan tidak ada masalah untuk berbuat demikian,” katanya. Presiden NUTP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia