Berita Harian

Tiada perjanjian berunsur wang dengan ‘penjenayah’

Dr Mahathir minta pihak buat dakwaan tampil jika ada kes rasuah

- Oleh Fahmy Azril Rosli

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak membuat sebarang perjanjian berunsur wang dengan pemimpin UMNO untuk mereka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) kerana mereka adalah ‘penjenayah’.

Perdana Menteri berkata, jika ada pihak mendakwa menemui bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasuah mereka, beliau mengalu-alukan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Kita tidak buat perjanjian dengan penjenayah. Namun, jika anda menemui beberapa kes berkaitan rasuah, anda dialu-alukan membuat laporan supaya tindakan boleh diambil.

“Bagaimanap­un, setakat ini, kita tidak mengenakan syarat berupa wang untuk ‘memancing’ mereka (pemimpin UMNO) masuk BERSATU.

Perlu jadi Bebas dahulu

“Mereka cuma perlu meninggalk­an UMNO dan jadi Bebas terlebih dulu buat seketika waktu. Kemudian mohon menjadi ahli BERSATU,” katanya pada sidang media selepas menyampaik­an ucaptama dan merasmikan Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan, di sini, semalam.

Beliau mengulas dakwaan sama ada terdapat perbincang­an ‘pintu belakang’ membabitka­n 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalk­an parti itu bagi menyertai BERSATU tidak lama lagi dan menerima ganjaran dalam bentuk wang.

Terdahulu, timbul spekulasi ramai Ahli Parlimen UMNO akan melompat masuk BERSATU apabila Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin mendedahka­n perkara itu.

A Kadir berkata, pihaknya tidak menafikan ada antara mereka mempunyai isu atau terdedah untuk disiasat dan hasrat menyertai BERSATU tidak seharusnya menjadi langkah mereka menyelamat­kan diri kerana semua pihak perlu mematuhi undang-undang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia