Berita Harian

Azmin nafi sertai BERSATU jika tewas

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan beliau akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika tewas pada pemilihan PKR.

Timbalan Presiden PKR itu yang mempertaha­nkan jawatannya pada pemilihan parti berkata, perkara itu hanya khabar angin.

“Itu tidak betul,” katanya kepada media selepas merasmikan Laporan Bersama Inisiatif ‘Belt and Road’ (BRI) dan Asia Tenggara kajian Institut Penyelidik­an CIMB Asean dengan LSE Ideas dan Siri Perbincang­an Meja Bulat Asean di Menara CIMB di sini, semalam.

Beberapa portal berita menyatakan Mohamed Azmin mungkin menyertai BERSATU jika tewas kepada lawannya yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Keputusan tidak rasmi pemilihan parti itu menyaksika­n Mohamed Azmin kini hanya mendahului 812 undi berbanding Rafizi.

Pemilihan parti itu dijangka selesai bulan depan apabila pengundian dijalankan di Sabah pada 3 dan 4 November, manakala di Sarawak pada 10 November serta tujuh cabang lain masing-masing satu di Selangor dan Negeri Sembilan serta lima cabang di Melaka yang bermasalah akan mengundi semula pada 11 November ini.

Alu-alu kemasukan PH

Sementara itu, ditanya pendirian PKR berhubung kemungkina­n lebih ramai Ahli Parlimen UMNO menyertai BERSATU bukannya PKR, Mohamed Azmin berkata, parti itu mengalu-alukan kemasukan mana-mana Ahli Parlimen UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).

Katanya, beliau tidak kisah parti mana yang menjadi pilihan Ahli Parlimen terbabit asalkan mereka meninggalk­an UMNO dan menyertai PH.

“Pendirian kami jelas untuk meraikan Ahli Parlimen yang sudah mengakui bahawa masa depan negara dan dasar PH yang bertanggun­gjawab membawa aspirasi rakyat.

“Sekiranya mana-mana Ahli Parlimen UMNO mengakui keberkesan­an kejayaan PH, mereka perlu meninggalk­an UMNO sebelum menyertai PH.

“Saya percaya Ahli Parlimen UMNO itu mengakui walaupun dalam masa singkat, kami di PH komited menjalanka­n reformasi dan menyelamat­kan ekonomi negara serta rakyat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, Ahli Parlimen terbabit perlu menolak agenda UMNO dan menerima agenda reformasi PH kerana ia membabitka­n semua agenda parti dalam PH.

“Mereka boleh memilih sama ada menyertai BERSATU atau parti lain dalam PH yang mereka rasa boleh meneruskan tanggungja­wab sebagai Ahli Parlimen.

“Saya yakin lebih ramai pemimpin UMNO dapat membuat perbezaan antara dasar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan dasar PH, maka wajarlah mereka meninggalk­an UMNO untuk terus bersama PH bagi terus membangunk­an negara serta memulih ekonomi,” katanya.

 ?? [FOTO ASWADI ALIAS /BH] ?? Mohamed Azmin (dua dari kanan) merasmikan Laporan Bersama BRI dan Asia Tenggara kajian Institut Penyelidik­an CIMB Asean dengan LSE Ideas dan Siri Perbincang­an Meja Bulat Asean di Menara CIMB, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ASWADI ALIAS /BH] Mohamed Azmin (dua dari kanan) merasmikan Laporan Bersama BRI dan Asia Tenggara kajian Institut Penyelidik­an CIMB Asean dengan LSE Ideas dan Siri Perbincang­an Meja Bulat Asean di Menara CIMB, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia