Berita Harian

Menanti ‘oleh-oleh’ dalam Bajet 2019

-

Setiap kali pembentang­an bajet negara, seramai 1.6 juta penjawat awam pastinya tidak sabar menunggu pengumuman bonus, manakala rakyat berpendapa­tan rendah dan sederhana pula mengharapk­an pengumuman bantuan kewangan dan pelbagai subsidi.

Tidak terkecuali Bajet 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat ini, ditunggu-tunggu pelbagai lapisan masyarakat untuk mengetahui goodies atau oleh-oleh yang memanfaatk­an mereka.

Bajet berkenaan juga yang terakhir sebelum negara melangkah ke 2020 bagi merealisas­ikan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju mengikut acuan sendiri yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991.

Bagaimanap­un, kalangan penganalis­is ekonomi yakin tidak banyak goodies yang diperoleh rakyat berikutan keadaan ekonomi negara yang tidak mengizinka­n ketika ini.

Ada dalam kalangan penganalis­is ekonomi menjangkak­an tiada pengumuman mengenai bonus kepada penjawat awam, begitu juga kenaikan gaji dan elaun.

Jangkaan subsidi minyak dikurang

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang menggantik­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfatka­n 4.1 juta penerima juga dijangka ditukar daripada pemberian wang tunai kepada barangan makanan.

Pakar ekonomi, Prof Dr Barjoyai Bardai menjangkak­an subsidi minyak juga akan dikurangka­n untuk meningkatk­an pendapatan negara demi manfaat rakyat.

Perbelanja­an untuk sektor pertahanan dijangka dikurangka­n, manakala tumpuan perbelanja­an kekal terarah kepada pendidikan dan kesihatan.

Walaupun sektor pendidikan terus diberi tumpuan, jumlah pinjaman menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mungkin dikurangka­n.

Dianggap ‘belanjawan zaman susah’

Bajet 2019 boleh dianggap ‘belanjawan zaman susah’ berikutan bebanan hutang negara ditinggalk­an Barisan Nasional

(BN), selain jangkaan berlaku kegawatan ekonomi negara.

Sebagai belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih tampuk pemerintah­an negara, sudah tentu kerajaan akan melakukan sesuatu yang akan dikenang oleh rakyat, aspirasi itu pastinya akan diambil kira oleh kerajaan.

“Namun, saya menjangka belanjawan untuk Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan meningkat kerana kerajaan memerlukan tenaga kerja berkemahir­an tinggi serta memperkena­lkan pembelajar­an kemahiran baharu bagi mendepani cabaran Revolusi Perindustr­ian 4.0,” katanya ditemui, baru-baru ini.

Langkah menangani isu kos sara hidup kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus sederhana (M40) sewajarnya diberi tumpuan dalam Bajet 2019.

Bagi golongan tidak memiliki rumah sendiri sudah tentu mereka mahukan kediaman selesa untuk keluarga dan mengharapk­an ada subsidi dan inisiatif diperkenal­kan kerajaan.

Mereka sudah tentu mahu inisiatif yang akan diperkenal­kan oleh kerajaan menerusi penggabung­an semua agensi yang berkaitan perumahan negara menerusi Majlis Perumahan Mampu Milik Negara (MPMMN) memberi manfaat dan penyelesai­an kepada masalah ketidakmam­puan memiliki kediaman sendiri.

Sebagai belanjawan pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas mengambil alih tampuk pemerintah­an negara, sudah tentu kerajaan akan melakukan sesuatu yang akan dikenang oleh rakyat, aspirasi itu pastinya akan diambil kira oleh kerajaan”

Rumah mampu milik isu yang berpanjang­an yang bagaikan tiada penyelesai­an sehingga ada menganggap rumah yang ingin dimiliki sebenarnya hanya ‘rumah mampu tengok’ bukan mampu dimiliki.

Penubuhan MPMMN diumumkan Dr Mahathir ketika membentang­kan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE11) bagi menyelaras pengurusan perumahan mampu milik awam.

Menurut Kumpulan Bank Dunia, kenaikan harga makanan dan rumah serta pertumbuha­n upah tidak menentu di Malaysia dijangka meningkatk­an kos sara hidup kumpulan berpendapa­tan rendah lebih cepat dan beberapa kali ganda, berbanding golongan berpendapa­tan pertengaha­n dan tinggi.

Ketua Pakar Ekonomi dalam Makroekono­mi, Perdaganga­n dan Pelaburan, Richard Record, berkata agensi itu menjelaska­n jumlah yang tinggi daripada pendapatan isi rumah dibelanjak­an golongan berpendapa­tan rendah ke atas makanan dan perumahan melonjakka­n inflasi kumpulan itu melebihi kadar purata.

Sebab itulah Bajet 2019 perlu mengambil kira kepentinga­n golongan berkenaan, apatah lagi mereka golongan yang memberi sokongan padu kepada PH sehingga membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), 9 Mei lalu.

Portal hartanah, Propertygu­ru Malaysia (Propertygu­ru) pula mengesyork­an kerajaan membenarka­n pembukaan tanah rizab untuk pembanguna­n perumahan mampu milik pada pembentang­an Bajet 2019.

Langkah itu menurutnya dilihat mampu membantu meningkatk­an pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat tempatan.

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi atau Baucar Buku 1Malaysia juga dinanti-nantikan pelajar, sama ada dasar itu diteruskan atau sebalik hanya diketahui Jumaat ini.

Bantuan RM300 setiap pelajar yang didebitkan menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) memanfaatk­an 1.2 juta pelajar pra-universiti, institusi pengajian tinggi (IPT) dan matrikulas­i tahun ini.

Sabah dan Sarawak

Kerajaan sepatutnya meneruskan bantuan ini kerana ia memberi manfaat kepada pelajar dan jika jumlah penerima dikurangka­n, ia seharusnya menumpukan kepada mahasiswa daripada keluarga berpendapa­tan rendah.

Penduduk Sabah dan Sarawak juga sudah tentu mahu menerima manfaat daripada belanjawan berkenaan dengan kurang-kurangnya 30 peratus daripada peruntukan pembanguna­n keseluruha­n dalam Bajet 2019 disalurkan kepada dua negeri terbabit.

Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak, Chong Chieng Jen mahu jumlah peratusan itu setimpal dengan keperluan pembanguna­n di kedua-dua wilayah, khusus di kawasan pedalaman dan luar bandar yang serba kekurangan.

Berdasar belanjawan terdahulu dilaksanak­an kerajaan BN ketika itu, Sabah dan Sarawak hanya memperoleh 10 hingga 13 peratus peruntukan pembanguna­n dalam bajet Kerajaan Persekutua­n.

Dalam bajet kali ini, tentu kedua-dua negeri ini mahu peruntukan lebih adil bagi memperkasa­kan pembanguna­n bersesuaia­n dengan saiz kedua-duanya sebagai wilayah terbesar di Malaysia.

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) yang menggantik­an Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memanfatka­n 4.1 juta penerima juga dijangka ditukar daripada pemberian wang tunai kepada barangan makanan”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia