Berita Harian

Canvasser mampu jadi kerjaya pilihan

-

Pernah satu senja itu, kami terkejut dengan bunyi orang berlari dan suara sekumpulan orang mengejar di tepi rumah di kampung. Rupa-rupanya pihak pengurusan tahfiz mengejar beberapa pelajar yang melarikan diri.

Sedih juga kerana sesetengah tahfiz sudah jadi macam tempat ‘tahanan’ bagi pelajar tak rela.

Ya, pusat tahfiz sepatutnya dihadiri kalangan pelajar paling bijak, bukan sembaranga­n kerana nakal dan tak cemerlang di aliran biasa.

Percambaha­n madrasah dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) sesungguhn­ya adalah perkara positif, tapi ada rasa bimbang sedikit.

Mungkinkah ada yang ambil kesempatan daripada kemurahan hati dan sikap kependerma­an masyarakat untuk mengambil manfaat daripada komisen mendapatka­n derma membiayai institusi berkenaan.

Memang bagi kumpulan seperti canvasser umpamanya, motif mereka adalah mencarikan dana untuk badan amal berkenaan dan mereka mendapat komisen.

Tetapi, keadaan agak berlainan jika canvasser dan pengendali pertubuhan adalah orang sama.

Kalau ikut tafsiran kamus, canvasser ialah seseorang yang melaksanak­an kaji selidik atau orang yang mendapatka­n sumbangan, dagangan atau undi untuk pihak lain.

Khidmat canvasser digunakan NGO, syarikat, parti politik, malah jabatan kerajaan.

Ejen profesiona­l dapatkan komisen

Canvasser adalah ejen bebas yang berkhidmat untuk komisen antara 15 hingga 50 peratus, bergantung kepada tahap populariti sesebuah NGO.

Semakin popular NGO, dikatakan semakin rendah komisen untuk canvasser.

Memang pilihan kerjaya yang baik sebagai canvasser terutama jika mereka bertindak sebagai ejen profesiona­l dan berusaha memastikan NGO, badan amal atau tahfiz yang mereka wakili beroperasi dengan sistem yang baik.

Sebenarnya, canvasser boleh membantu organisasi amal termasuk tahfiz beroperasi dengan baik menerusi urusan terimaan sumbangan dan dana yang sistematik.

Dengan khidmat mereka mungkin tidak akan kedengaran lagi, ada yang terpaksa ditutup kerana masalah dana.

Justeru, bagi mereka yang banyak pendedahan dalam dunia korporat, banyak rangkaian hubungan serta bersara pula tetapi mahu terus kekal aktif, bidang ini sesuai.

Mengikut data yang dikeluarka­n Melbourne Mercer Global Pension Index, lebih lima juta rakyat Malaysia akan berumur lebih 60 tahun menjelang 2030 dan 10 juta menjelang 2050.

Cabaran utama

Generasi warga tua antara cabaran utama kerajaan di seluruh dunia, dengan pembuat dasar perlu menyeimban­gkan antara menyediaka­n kewangan yang bukan saja cukup kepada pesara berkenaan tetapi juga mapan kepada ekonomi.

Dalam laporan terbaru berkenaan, Indeks Persaraan Malaysia ditarafkan pada C stabil, tetapi agensi itu menyaranka­n pelbagai tindakan diambil untuk penambahba­ikan. Dalam indeks itu, skor kemapanan Malaysia susut daripada 61.2 kepada 60.5. Masih ada jurang yang membentang­kan risiko terutama aspek kemapanan jangka panjang dalam sistem berikutan peningkata­n jumlah warga tua.

Menyelesai­kan isu ini mengikut Melbourne Mercer Global Pension Index adalah penting kerana masih ramai warga kita yang tiada dana persaraan yang mencukupi.

Selain bergantung kepada dana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), opsyen lain yang boleh diteroka ialah melabur dalam Skim Persaraan Swasta (PRS).

Tetapi tidak ramai pekerja swasta yang mampu memperuntu­kkan sejumlah dana tambahan, selain caruman kepada KWSP untuk sertai PRS.

Jadi, antara pilihan yang ada jika kita akan memasuki usia persaraan ialah menjaga kesihatan agar mampu terus bekerja secara profesiona­l, tetapi tidak terlalu berat.

Kerjaya sebagai canvasser mungkin antara opsyen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia