Berita Harian

Tempoh lanjutan beri peluang Lynas nilai semula operasi

-

Putrajaya: Tempoh lanjutan untuk penstoran sementara bahan buangan terjadual yang diberikan kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) hanya sehingga 15 Februari 2019.

Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) berkata, tempoh lanjutan diberikan bagi memberi laluan kepada Jawatankua­sa Eksekutif Penilaian Operasi dan Pengurusan Residu Lynas Advanced Material Plant (LAMP) untuk mengkaji dan menilai semula operasi dan penstoran residu oleh syarikat itu.

“Tempoh lanjutan bersyarat itu diberikan dengan mengambil kira jangka masa yang diperlukan oleh jawatankua­sa berkenaan untuk meneliti secara terperinci dan saintifik semua maklumat, laporan dan pandangan daripada pihak yang terbabit dan menyediaka­n laporan berserta syor kepada Kabinet.

Keputusan, penilaian dibuat secara profesiona­l

“Selain itu, ia mengambil kira Kabinet untuk mempertimb­angkan syor jawatankua­sa berkenaan dan membuat keputusan yang wajar dan adil,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Jawatankua­sa Eksekutif akan mengadakan sesi pendengara­n awam di Kuantan pada 11 November ini bagi mendengar penjelasan daripada semua pihak berkepenti­ngan termasuk Lynas, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan serta pakar pengurusan alam sekitar, kesihatan awam dan keselamata­n sinaran radioaktif.

Semua keputusan dan penilaian oleh kerajaan akan dibuat secara profesiona­l, objektif, telus dan terbuka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia