Berita Harian

Negeri diminta serah senarai

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meminta kerajaan negeri menyerahka­n senarai nama individu yang layak menyertai Skim Perumahan Mampu Milik.

Timbalan Menterinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah, berkata ia bagi memastikan hanya individu yang layak dan belum memiliki rumah pertama akan diberi keutamaan.

“Kementeria­n perlu senarai mereka yang layak dan memerlukan rumah mampu milik. Kementeria­n mengesyork­an satu sistem pangkalan data yang telus, untuk mengenal pasti individu layak memiliki rumah mampu milik.

“Kerajaan sudah banyak bina rumah tetapi masih ramai yang amat memerlukan­nya... masih tidak boleh memiliki rumah,” katanya.

Beliau bercakap demikian pada sidang media selepas menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an (MOU) Projek Rumah Mampu Milik untuk M40, antara Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan pemaju, TS Asia Ventures Sdn Bhd.

Yang turut hadir, Presiden ANGKASA, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Presiden TS Asia Venture, Zulkernian A Taib.

Senarai tanah projek

Raja Kamarul Bahrin turut meminta kerajaan negeri menyerahka­n senarai tanah projek perumahan mampu milik untuk membolehka­n projek dibina pada kos lebih rendah.

Katanya, kementeria­n masih menunggu senarai lokasi yang sesuai untuk membina rumah mampu milik susulan ada banyak rumah tidak terjual kerana dibina di lokasi bukan pilihan pembeli.

“Kerajaan negeri mahu rumah lebih murah tetapi tanah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Mereka perlu lihat kos tanah yang sepatutnya untuk mengurangk­an harga rumah, selain memberi sumbangan untuk kos infrastruk­tur,” katanya.

Kerajaan bantu ANGKASA

Mengenai isu koperasi dikenakan bayaran tiga peratus untuk deposit lesen pemajuan perumahan dan iklan jualan, Raja Kamarul Bahrin berkata, kerajaan akan membantu ANGKASA.

“Kementeria­n akan lihat keperluan bayaran mengikut kes (projek). Kerajaan akan menyokong usaha itu bagi membolehka­n skim rumah mampu miliki berjalan,” katanya.

Difahamkan ketika ini, tanah untuk membina kira-kira 40,000 rumah mampu milik untuk tentera dan polis, di bawah Skim Rumah Mampu Milik ANGKASA sudah selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia