Berita Harian

ROS ada kuasa hantar surat tunjuk sebab

-

Kuala Lumpur: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) mempunyai bidang kuasa untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada UMNO, kata Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata ROS hanya menjalanka­n tanggungja­wab dalam mengawal dan mengawasi pertubuhan berdaftar di negara ini.

“Saya tidak tahu apa tujuannya, tetapi ROS bertanggun­gjawab terhadap perjalanan semua pertubuhan yang berdaftar di bawahnya.

“Sekiranya ada pertubuhan didapati tidak mengikut peraturan atau tidak menepati perlembaga­an parti, itu tugas mereka (ROS) untuk kenal pasti.

Hanya jalankan tugas

“Kami (BERSATU) pun masa dulu hampir terbubar sebab mereka kata kami tidak buat itu ini. Tapi itu ROS yang dulu. Sekarang terserah kepada mereka menjalanka­n tugas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang tidak menolak kemungkina­n UMNO diharamkan susulan surat tunjuk sebab yang diterima pada Ahad lalu.

Sementara itu, Muhyiddin menyerahka­n kepada polis untuk menyiasat kes seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang didakwa dicabul seorang Ahli Parlimen pada 20 Oktober lalu.

“Ya, saya terima laporan daripada Ketua Polis Negara (Tan Sri Mohamad Fuzi Harun) dan terserah kepada pihak polis untuk menyiasat dan dapatkan maklumat yang diperlukan. Biar mereka siasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia