Berita Harian

Kerajaan keluar AP gula halus sementara

Beri permit kepada pemain industri atau pengeluar

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim

Permit import (AP) gula halus akan dikeluarka­n secara sementara kepada pihak berkaitan untuk menampung kekurangan bekalan bahan mentah itu dalam kalangan pengilang makanan dan minuman.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata penyelesai­an jangka pendek berkenaan terpaksa diambil kerana operasi kilang syarikat pengeluar gula tempatan, Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) di Shah Alam ketika ini ‘lumpuh’ berikutan isu teknikal.

Katanya, isu itu dikemukaka­n beberapa pemain industri dalam satu pertemuan dengan pihak kementeria­n, sekali gus menuntut jalan penyelesai­an secara tuntas bagi memastikan operasi pengeluara­n produk makanan dan minuman yang bergantung kepada bekalan gula tidak terencat.

Beri pihak berkaitan

“Wakil daripada Nestle dan Coca-cola ada berjumpa bagi menyuaraka­n kegusaran mereka selepas mendapati bekalan gula halus daripada CSR bakal terjejas kerana masalah ‘boiler’ (dandang) kilang syarikat pengeluar terbabit di Shah Alam.

“Oleh itu, kementeria­n akan memperuntu­kkan AP sementara, sama ada kepada pemain industri atau pengeluar (CSR), sehingga masalah kekurangan bekalan gula halus ini dapat ditangani secara menyeluruh,” katanya ketika dihubungi NSTP, semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin mengakui CSR sebagai antara pengeluar utama industri gula

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia