Berita Harian

Azmin gesa JPP siasat undi hilang

-

Beliau menggesa supaya JPP lebih cekap dalam menyiasat apa juga masalah yang timbul, selain bertindak sebagai badan yang besar daripada pengaruh ‘tangan ghaib’.

Dakwa tidak jalankan kerja

“Ya (JPP tidak jalankan kerja dengan baik). Terdapat aduan yang masih masuk. Lihat sahaja pemilihan di Selangor yang mana banyak undi hilang.

“Di Ampang, sebanyak 1,100 undi hilang dan di cabang saya (Gombak) 800 undi hilang.

“Cuba bayangkan, jika undi ini tidak hilang dan dikira, pasti jurang margin undi saya lebih besar daripada yang diperoleh sekarang. Apa pun, biar mereka (JPP) putuskan dan siasat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada sesi penutup Sidang Kemuncak Anti Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik dan Integriti bagi Pertumbuha­n Ekonomi Mapan di sini, semalam.

Mengulas mengenai pemilihan PKR yang terpalit dengan unsur rasuah dan didakwa ‘ditaja’ pihak dan kerabat tertentu, Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan perkara itu perlu disiasat secara telus dan terbuka.

Oleh itu, katanya, JPP mesti bertindak sebagai satu badan bebas untuk mengendali­kan pemilihan secara telus, adil dan saksama.

“JPP tidak boleh dipengaruh­i oleh tekanan politik dari manamana pemimpin dan ia mesti menyiasat aduan ini secara telus.

“Sekiranya ada pihak mempunyai bukti yang kuat, haruslah kemukakan bukti ini supaya JPP menyiasat aduan itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH 17 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia