Berita Harian

Projek jambatan bengkok belum muktamad

-

Cadangan meneruskan semula projek jambatan bengkok yang diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi menghubung­kan Malaysia-singapura di Selat Johor, belum dimuktamad­kan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata kerajaan akan mengkaji pelbagai aspek termasuk implikasi kewangan dan undangunda­ng antarabang­sa sebelum cadangan itu diputuskan.

“Cadangan pembinaan jambatan bengkok adalah perkara dasar yang membabitka­n pelbagai implikasi dari segi ekonomi, politik dan hubungan antarabang­sa.

“Bagaimanap­un, kita akan mengkaji terlebih dahulu secara terperinci sebelum mempersemb­ahkan laporan kajian kepada Kabinet, seterusnya membuat keputusan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Ganti Tambak Johor

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-MCA Ayer Hitam) mengenai justifikas­i pembinaan jambatan bengkok bagi menggantik­an Tambak Johor dan jumlah pampasan terpaksa dibayar kepada Gerbang Perdana Sdn Bhd susulan pembatalan projek terbabit sebelum ini.

Mengenai pampasan dibayar kerajaan, Baru berkata, sejumlah RM257.4 juta dengan pecahan sebanyak RM155 juta dibayar kepada kontraktor utama iaitu Gerbang Perdana Sdn Bhd, RM67.8 juta kepada pihak subkontrak­tor dan RM35 juta sebagai ganti rugi khas.

Jambatan bengkok atau Jambatan Indah yang diilhamkan Dr Mahathir adalah projek jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantik­an Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang digunakan sejak 1923.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia