Berita Harian

KDN dedah ada maklumat terkini lokasi Jho Low

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) mendedahka­n mempunyai maklumat terkini lokasi persembuny­ian ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata maklumat itu diperoleh KDN menerusi sumber tertentu yang terus berusaha memburu Jho Low.

“Saya ingin menyatakan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap isu ini, kita tidak main-main kerana perkara ini cukup besar dan semua rakyat ingin tahu.

“KDN menerusi sumber tertentu terus berusaha (mengesan Jho Low) dan beberapa hari lalu, saya mendapat maklumat terkini bahawa kita tahu di mana dia,” katanya sebagai menjawab pencelahan RSN Rayer (PH-DAP Jelutong) ketika menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat, semalam.

Dibawa pulang

Muhyiddin berkata, KDN sedia bekerjasam­a dengan sesiapa sahaja untuk memastikan Jho Low dibawa pulang dan menghadapi perbicaraa­n membabitka­n kes berkaitann­ya.

“Dia dikatakan bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Usaha memburunya tidak akan berhenti.

“Kalau Yang Berhormat cadang kita cari sehingga ke lubang cacing, lebih dari lubang cacing pun kita akan cari dia,” katanya.

Mengulas Datuk Seri Hishammudd­in Hussein (BN-UMNO Sembrong) ingin membantu kerajaan mencari dan membawa pulang Jho Low, Muhyiddin berkata, pihaknya tidak dimaklumka­n oleh bekas Menteri Pertahanan itu.

“Saya tidak tahu Yang Berhormat Sembrong mahu mencari Jho Low, Sembrong kata kenal dengan pemimpin China. Sebenarnya pada peringkat Putrajaya, beliau tidak menghubung­i kami.

“Saya sendiri ada berhubung dengan Yang Amat Berhormat Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengenai usaha Yang Berhormat Sembrong. Perdana Menteri kata beliau tidak diberitahu,” katanya.

Maklumat baharu

Menjawab celahan Ramkarpal Singh (PHDAP Bukit Gelugor) berhubung dakwaan ahli perniagaan, J Deepak, terhadap pembabitan Ahli Parlimen Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan isterinya (Datin Seri Rosmah Mansor) dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Muhyiddin mengakui menyedari mengenai maklumat itu.

“Pada peringkat KDN, jika ini dianggap sebagai bukti dan maklumat baharu, kita boleh ambil tindakan seperti dicadangka­n.

“Jika disabitkan dalam siasatan itu, nama yang disebut perlu disiasat, maka polis boleh mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia