Berita Harian

Cawangan parti politik di semua UA

-

Kuala Lumpur: Pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak lama lagi bakal membolehka­n cawangan parti politik ditubuhkan di semua Universiti Awam (UA).

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perkara itu sejajar dengan langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun yang akan dicadangka­n dalam tempoh terdekat.

“Sebelum ini ada kumpulan Aspirasi dan Wawasan dalam Pilihan Raya Kampus, namun itu hanya pada nama.

“Perubahan pada AUKU membolehka­n mahasiswa menubuhkan Kelab Barisan Nasional (BN) di UA, Kelab Pakatan Harapan (PH), Kelab PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) dan pelbagai lagi seperti di negara maju.

“Di negara maju memang ada parti politik cawangan kampus dan ini selaras dengan penurunan umur mengundi yang akan kita cadangkan nanti,” katanya ketika menggulung Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi pihak kementeria­n di Dewan Rakyat, malam tadi.

Maszlee berkata demikian ketika menjawab celahan Noor Amin Ahmad (PH-PKR Kangar) yang bertanya sama ada kementeria­n akan mewujudkan cawangan parti politik di UA.

Dengan penurunan had umur itu, Maszlee berkata, pelajar bebas berpolitik, mencalonka­n diri dan tiada lagi sebarang halangan atau sekatan.

Pilihan raya kampus

“Pilihan raya kampus sebelum ini dikawal oleh Hal Ehwal Pelajar (HEP) di bawah kuasa BN, manakala pelajar yang tidak sehaluan dengan BN dikenakan sekatan dan sebagainya, malah pensyarah juga.

“Sebagai contoh, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga pernah dihalang masuk ke universiti,” katanya.

Maszlee berkata, kementeria­n akan melaksanak­an Dasar Sifar Penolakan secara berperingk­at bermula tahun depan bagi memastikan Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) tidak tercicir daripada persekolah­an.

Dasar terbabit katanya, sejajar dengan kod amalan pendidikan MBK sebagai tatacara dan panduan yang terkandung dalam Akta Pendidikan 1966.

“Kementeria­n akan memastikan tidak ada murid tercicir daripada persekolah­an sama ada murid tanpa dokumen atau membabitka­n kelainan upaya (OKU).

“Justeru, bermula tahun depan, kementeria­n akan melaksanak­an dasar sifar penolakan kepada MBK secara berperingk­at bermula tahun depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Maszlee berkata, dasar itu bagi memastikan setiap MBK dapat mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI) tanpa sebarang keciciran.

“Kementeria­n menyasarka­n 75 peratus daripada MBK di seluruh negara dapat mengikuti PPI pada 2023 selaras penekanan aspek kasih sayang, kegembiraa­n dan saling menghormat­i,” katanya.

 ??  ?? Maszlee Malik
Maszlee Malik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia