Berita Harian

MSU teruskan kerjasama dengan NSTP

Universiti swasta taja RM1.9 juta untuk seminar, biasiswa

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Management and Science University (MSU) meneruskan kerjasama dengan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) melalui tajaan berjumlah RM1.9 juta merangkumi Seminar Bimbingan Peperiksaa­n 2018 peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta pemberian biasiswa MSU-BH kepada 117 pelajar terpilih.

Presiden Kumpulan MSU dan MSU College, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid, berkata kerjasama pihaknya dengan NSTP dan BH sejak 20 tahun lalu mampu melonjakka­n sektor pendidikan di negara ini.

Beliau berkata, berdasarka­n perspektif­nya, pendidikan adalah sektor yang paling kritikal, terutama untuk membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan kompeten.

“Kami (MSU) melihat akses kepada pendidikan ini adalah sangat penting, justeru kami sentiasa memberikan tajaan seperti biasiswa kepada pelajar, walaupun jumlahnya kecil tetapi dapat membantu meningkatk­an sistem pendidikan tinggi di negara ini.

Majukan pendidikan

“Saya berasa bangga dengan komitmen ditunjukka­n NSTP dan BH terhadap memperkasa bidang pendidikan di negara ini, malah, percaya kerjasama antara kedua-dua pihak dapat memajukan lagi sektor pendidikan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) NSTP dan MSU di Balai Berita NSTP di sini, semalam.

Pada majlis perjanjian itu, MSU diwakili Mohd Shukri dan Naib Presiden Kanan Komunikasi Strategik dan Hubungan Antarabang­sa MSU, Datuk Rosli Yusof, manakala, NSTP diwakili Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Abdul Jalil Hamid serta Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib.

Yang turut hadir, Pengarang Eksekutif BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata seramai 1,700 pelajar mendapat manfaat menerusi Seminar SPM MSU-BH Skor membabitka­n lima lokasi di seluruh negara, tahun ini.

Katanya, usaha murni itu wajar menjadi contoh kepada organisasi korporat lain terutama bagi melahirkan lebih ramai golongan pelajar serta pendidik berinovasi demi membina generasi berpotensi untuk masa depan negara.

“Saya yakin dengan terjalinny­a hubungan erat antara NSTP dan MSU ini lebih banyak program pendidikan dapat dilaksana, sekali gus memastikan kecemerlan­gan pendidikan anak bangsa ke peringkat lebih tinggi.

“NSTP juga memperkena­lkan Fullamark, sebuah portal pendidikan interaktif yang dilancarka­n untuk membantu memperting­katkan prestasi pelajar melalui elemen penting seperti nota, latihan contoh ujian dan peperiksaa­n mengikut silibus Kementeria­n Pendidikan (KPM) di samping menepati piawaian ditetapkan,” katanya.

Saya berasa bangga dengan komitmen ditunjukka­n NSTP dan BH terhadap memperkasa bidang pendidikan di negara| ini, malah, percaya kerjasama antara kedua-dua pihak dapat memajukan lagi sektor pendidikan negara pada masa akan datang” Mohd Shukri Ab Yajid, Presiden Kumpulan MSU dan MSU College

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] ?? Abdul Jalil (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Mohd Shukri selepas majlis MOU antara MSU dan NSTP yang turut dihadiri, dari kanan, Ahmad Zaini, Rosli, Alfian dan Farah Ezrin di Balai Berita NSTP, Bangsar Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI /BH] Abdul Jalil (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada Mohd Shukri selepas majlis MOU antara MSU dan NSTP yang turut dihadiri, dari kanan, Ahmad Zaini, Rosli, Alfian dan Farah Ezrin di Balai Berita NSTP, Bangsar Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia