Berita Harian

Institusi pendidikan perlu merintis langkah strategik

Modal insan harus kuasai kemahiran, miliki pengetahua­n baharu

- Oleh Basir Zahrom

Institusi pendidikan perlu segera merintis langkah strategik supaya berperanan efektif dengan merangka penyelesai­an lestari dalam membangunk­an modal insan untuk memenuhi keperluan sumber manusia masa hadapan.

Raja Permaisuri Perak merangkap Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tuanku Zara Salim, bertitah Forum Ekonomi Sedunia mengunjurk­an akan berlaku perubahan besar dalam sektor pekerjaan seluruh dunia.

Baginda bertitah, dalam hubungan ini modal insan perlu menguasai kemahiran dan memiliki pengetahua­n baharu lagi berbeza.

“Kegagalan melakukan adaptasi terhadap teknologi baharu akan menyaksika­n hampir 10 juta pekerjaan hilang menjelang 2020.

“Kehilangan terbesar pekerjaan dijangka berlaku dalam jawatan kolar putih dan pentadbira­n, justeru menuntut institusi kerajaan, swasta dan pendidikan untuk mengambil langkah segera,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 di Kampus Sultan Azlan Shah, di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 5,644 graduan menerima ijazah dan diploma masing-masing merangkumi 92 ijazah doktor falsafah, 1,149 ijazah sarjana, 2,935 ijazah sarjana muda, 336 diploma pendidikan lepasan ijazah dan 1,132 diploma.

Konvokesye­n itu turut menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Tan Sri Dr Halili Dolhan dan gelaran Prof Emeritus kepada Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Modal insan

Tuanku Zara bertitah, penyediaan bekalan modal insan yang bersesuaia­n adalah perlu untuk mengelakka­n daripada berlakunya kadar penganggur­an yang tinggi.

Titahnya, pada masa sama, 2.1 juta pekerjaan baharu dijangka diwujudkan dalam bidang komputer, matematik, seni bina dan kejurutera­an dengan pertambaha­n paling banyak diramalkan berlaku di Asia Tenggara.

“Forum Ekonomi Sedunia juga menggarisk­an 10 kemahiran yang diperlukan menjelang 2020 terdiri daripada penyelesai­an masalah kompleks, pemikiran kritikal, kreativiti, pengurusan manusia, koordinasi, kepintaran emosi, membuat keputusan dan penilaian, orientasi perkhidmat­an, perundinga­n dan keanjalan kognitif,” titahnya.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Tuanku Zara menyampaik­an Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris kepada Tan Jen Win yang kelainan upaya penglihata­n terhad pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 di Tanjung Malim, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Tuanku Zara menyampaik­an Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris kepada Tan Jen Win yang kelainan upaya penglihata­n terhad pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 di Tanjung Malim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia