Berita Harian

Pengorbana­n suami isteri kejar ilmu tuai hasil

-

Tanjung Malim: ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ menjadi peribahasa paling tepat menggambar­kan pengorbana­n pasangan suami isteri, Haziq Kamil Zakria, 28, dan Basyira Rahman, 29, yang berusaha keras untuk menamatkan pengajian sarjana masing-masing.

Pasangan guru berasal dari Temerloh dan Besut itu berjaya meraih Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) masing-masing 3.98 untuk pengajian Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Haziq yang kini mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Anak iaitu sebuah sekolah pedalaman di Selangau, Sarawak berkata, beliau bersyukur atas kejayaan itu kerana pelbagai cabaran perlu ditempuh sepanjang pengajian bermula Disember 2016 lalu.

Katanya, di Sarawak beliau dan isteri tinggal berjauhan kerana Basyira berkhidmat di SK Bintulu yang memakan masa empat jam perjalanan melalui jalan lori balak, justeru mereka hanya bertemu pada hujung minggu.

“Kami mengikuti kuliah hanya ketika cuti sekolah di UPSI dengan menyewa sebuah rumah inap desa selama sebulan dan menghantar dua anak kami yang kini berusia setahun dan tiga tahun ke taska berhampira­n.

“Seorang sahabat baik kami yang menyambung pengajian di UPSI turut menyewa di inap desa tiga bilik itu dan kadangkala membantu menjaga anak kami,” katanya.

Sentiasa bersyukur

Basyira berkata, sepanjang pengajian, ada dua kali beliau terpaksa membawa anak ke kuliah kerana pengasuh bercuti, namun bersyukur kerana pensyarah memahami keadaan mereka.

“Di inap desa, kami akan pastikan anak-anak tidur terlebih dulu sebelum belajar hingga ke jam 2 pagi. Selain masa dan tenaga, kos berulang-alik dari Sarawak ke Tanjung Malim juga tinggi kerana kami bergerak empat sekeluarga, namun semuanya dapat kami atasi dengan baik,” katanya.

Pasangan itu adalah antara 606 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing pada sesi pertama Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 yang disempurna­kan oleh Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Haziq dan Basyira menerima ijazah sarjana pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 di Tanjung Malim, semalam.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Haziq dan Basyira menerima ijazah sarjana pada Istiadat Konvokesye­n UPSI Ke-20 di Tanjung Malim, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia