Berita Harian

Kes cabul babit YB hampir selesai

10 individu dipanggil beri keterangan, Ahli Parlimen disoal siasat 7 jam

- Oleh Wartawan NSTP cnews@nstp.com.my

Siasatan kes cabul membabitka­n seorang Ahli Parlimen di negeri ini hampir selesai selepas 10 individu dipanggil memberikan keterangan, termasuk pemimpin wakil rakyat terbabit.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd, berkata pihaknya dijangka dapat melengkapk­an siasatan dalam tempoh terdekat sebelum merujuk pihak Bukit Aman.

“Siasatan sudah hampir selesai. Selepas pihak Bukit Aman berpuas hati nanti, kita akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

“Ahli Parlimen terbabit sudah dipanggil ke Bukit Aman pagi ini (semalam), untuk diambil keterangan. Sekarang, kita cuma menunggu kertas siasatan siap,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Media sebelum ini melaporkan polis memberi amaran kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan, supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa ada pihak cuba ‘menutup’ kejadian cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang didakwa membabitka­n seorang Ahli Parlimen di negeri ini.

Kes dikategori­kan sulit

Noor Mushar dipetik sebagai berkata, Sanjeevan tidak mengetahui prosedur dilakukan pihaknya, malah siasatan masih diteruskan walaupun aduan itu ditarik balik oleh pengadu pada hari sama membuat laporan polis minggu lalu.

Mengulas lanjut semalam, Noor Mushar menegaskan, kes itu dikategori­kan sebagai sulit dan membidas dakwaan segelintir pihak bahawa polis cuba menutupnya.

“Saya tegaskan kepada manamana individu yang muncul susulan kes itu, usah menyibuk dan jangan sesekali cuba mengajar polis mengenai undang-undang di negara ini.

“Kita diam bukan bermakna tidak membuat kerja. Ada perkara yang polis tidak boleh hebohkan,” katanya.

Soal siasat tujuh jam

Ditanya mengenai dakwaan bahawa berkemungk­inan ada sogokan pihak tertentu sehingga aduan itu ditarik balik, Noor Mushar berkata, siasatan akan dilakukan jika mangsa atau keluargany­a tampil membuat laporan polis berhubung perkara terbabit. Sementara itu, di Kuala Lumpur, polis semalam menyoal siasat Ahli Parlimen terbabit hampir tujuh jam.

Sumber memberitah­u Ahli Parlimen berkenaan tiba di Bukit Aman kira-kira jam 10 pagi.

Siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11) mengambil masa agak lama berikutan wakil rakyat itu beberapa kali meminta untuk berhenti rehat kerana kurang sihat.

“Soal siasat mengambil masa agak lama disebabkan pegawai terpaksa berhenti merakam percakapan beberapa kali untuk memberi ruang kepadanya untuk berehat.

“Ini kerana Ahli Parlimen itu memaklumka­n tidak beberapa sihat dan mohon untuk berehat ketika soal siasat dijalankan,” katanya.

Sumber itu memberitah­u polis selesai merakam percakapan jam 5 petang dan berkemungk­inan memanggiln­ya semula jika ada keperluan.

Ahli Parlimen terbabit sudah dipanggil ke Bukit Aman pagi ini (semalam), untuk diambil keterangan. Sekarang, kita cuma menunggu kertas siasatan siap” Noor Mushar Mohd, Ketua Polis Perlis

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia