Berita Harian

Malaysia perlu sedia jadi ‘negara tua’ pada 2030

-

Malaysia perlu bersedia untuk menghadapi ‘negara tua’ menjelang 2030 dengan memastikan setiap pelaksanaa­n tindakan, perancanga­n dan reka bentuk dalam perancanga­n nasional memenuhi keperluan itu.

Pengarah Institut Penyelidik­an Penuaan Malaysia (Myageing) Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Tengku Aizan Hamid, berkata ketika ini negara mempunyai polisi dalam berhadapan perkara itu tetapi pelaksanaa­nnya masih terlalu perlahan.

Tengku Aizan berkata, secara dasarnya Malaysia masih belum bersedia berhadapan dengan negara tua kerana banyak infrastruk­tur termasuk pekerjaan, pendidikan dan simpanan kewangan masih belum berada di tahap terbaik.

“Kita memandang perkara ini dalam tempoh waktu yang panjang dan ketika ini kita masih belum bersedia sepenuhnya. Ketika ini umur persaraan wajib adalah 60 tahun dan jika kita berganjak ke negara tua, adakah masih mahu menggunaka­n usia persaraan wajib itu.

Tempoh usia bersara

“Ada kajian yang menyatakan jika umur persaraan wajib itu dipanjangk­an lagi, ia sebenarnya tidak menjejaska­n peluang pekerjaan kepada golongan muda. Malah banyak negara maju tiada umur persaraan wajib seperti yang diaplikasi­kan di sini.

“Jadi had umur pekerjaan seharusnya dikaji semula. Perkara lain adalah seperti infrastruk­tur pengangkut­an awam dan persekitar­an juga tidak menjurus ke arah negara tua dan adakah sesuai untuk negara tua. Isu utama di sini adalah keupayaan dan kesediaan negara berhadapan dengan situasi itu,” katanya kepada Bisnes NSTP, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Strategi dan Prestasi Korporat KWAP, Ismail Zakaria, berkata berdasarka­n kajian KWAPMyagei­ng itu, 25 peratus responden masih mempunyai hutang terkumpul manakala 23 peratus responden yang bersara kurang dari tiga tahun tidak mempunyai insurans kesihatan.

Ismail berkata, 25 peratus responden pula masih mempunyai hutang terkumpul dan 23 peratus responden yang bersara kurang dari tiga tahun tidak mempunyai insurans kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia