Berita Harian

KWSP syor wujud pelan kesejahter­aan sosial

-

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan dapat mewujudkan pelan hala tuju bagi kesejahter­aan sosial sebagai usaha bagi memperkasa simpanan persaraan khusus kepada rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias berkata, perkara berkenaan adalah antara harapan daripada pihaknya selaku dana persaraan awam pada pembentang­an Bajet 2019 pada Jumaat ini.

Malah, katanya ia juga adalah asas penting yang perlu diperbaiki dan diperhalus­i dalam membina Malaysia yang lebih baik pada masa depan.

Pelan hala tuju

Beliau berkata, pihaknya juga sebelum ini pernah mengadakan pertemuan dan perbincang­an dengan pihak kerajaan dan berharap pelan hala tuju itu dapat dilaksanak­an bagi kesejahter­aan rakyat.

“Sebelum ini, kerajaan menggunaka­n perbelanja­an kira-kira RM24 bilion setahun bagi memperkasa kesejahter­aan sosial rakyat menjangkau­i pelbagai kementeria­n.

“Apa yang kita harapkan adalah dengan pelan hala tuju yang lebih bersepadu ini ia dapat menepati keperluan dan kehendak pelbagai pihak berkepenti­ngan tanpa menimbulka­n sebarang isu berkaitan.

“Kita yakin dengan pelan tunggal ini ia dapat membantu kumpulan sasar selain dapat berfungsi lebih cekap dan berkesan,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Laporan Kajian Kes KWSP di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengenalan pelan tunggal itu juga sebagai persediaan bagi menghadapi kos sara hidup yang meningkat terutamany­a yabg mampu memberi kesan terhadap penggunaan simpanan persaraan.

“Oleh itu, ia adalah pelan penting bagi memastikan rakyat dapat memiliki simpanan supaya mereka dapat menikmati persaraan dengan lebih baik pada masa depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia